Rebutlah lima GHONIIMAH ini !

Bismillaahirrohmaanirrohiim
Assalaamu'alaikum wrb.,

RISALAH FIKIR (215) : REBUTLAH LIMA GHONIIMAH INI  !!!

Berikut adalah petikan (terjemahan kasar) drp Sifah As-Sofwah,
susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a, halaman 236 dan 237.

`Abdurrohmaan bin Abii Haatim Ar-Rooziyy roh.a. telah berkata :
Aku telah memasuki Damsyiq (atas maqsuud) untuk menulis / mencatat al-hadiith, maka aku telah lalu pada halqoh Qoosim Al-Juwa'iyy roh.a., maka aku telah dapati beberapa orang yang sedang duduk di sekeliling beliau roh.a. itu, dan beliau sedang berkata2 (ya'nii sedang memberikan pengajaran) ke atas mereka itu.

Maka dengan memandang mereka itu menjadikan aku merasakan akan kebesaran/kemulian  (majlis/perhimpunan) mereka itu. Maka aku terus maju ke depan (ya'nii sama2 menyertai dalam halqoh itu). Maka aku telah mendengar beliau roh.a. berpesan :

IGHTANIMUU MIN ZAMAANIKUM KHOMSAN :
[mafhuumnya :

 REBUTLAH DARIPADA ZAMAAN/WAKTU/MASA KAMU AKAN LIMA PERKARA]:

(1) IN HADHORTUM LAM TU'ROFUU !!
[mafhuumnya : SEANDAINYA KAMU HADHIR (SEKALIPUN), KAMU TIDAK DII'TIRAF (TIDAK DIAKUI)  !! ]

(2) WA IN GHIBTUM LAM TUFTAQODUU !!
[mafhuumnya: DAN SEANDAINYA KAMI TIDAK HADHIR, KAMU TIDAK DICARI (YA'NII MEREKA TIDAK MENCARI KAMU KERANA MEREKA TIDAK MERASAI
AKAN KEHILANGAN ATAU KETIDAKHADHIRAN KAMU ITU) !! ]

(3) WA IN SYAHIDTUM LAM TUSYAAWARUU !!
[mafhuumnya: DAN SEANDAINYA KAMU MENGHADHIRI / MEMBERIKAN PENGAKUAN /MEMBERIKAN SYAHAADAH ATAU BAYYINAH ATAU BUKTI KETERANGAN,
KAMU TIDAK DIMASYWARATKAN (YA'NII SYAHAADAH ATAU BUKTI KETERANGAN ATAU BAYYINAH YANG KAMU SAMPAIKAN MEREKA TIDAK TERIMA UNTUK DIMASYWARATKAN) !! ]

(4) WA IN QULTUM SYAI-AN LAM YUQBAL QOULUKUM !!
[mafhuumnya: DAN SEANDAINYA KAMU MENGATAKAN ATAU MEMBICARAKAN AKAN SESUATU, TIDAK DITERIMA KATA2 KAMU ITU (YA'NII MEREKA MENOLAK
KATA2 KAMU ITU) !! ]

(5) WA IN `AMILTUM SYA-AN LAM TU'TOU BIHI !!
[mafhuumnya: DAN SEANDAINYA KAMU BER'AMAL ATAU MELAKUKAN SESUATU `AMALAN, KAMU TIDAK DIBERIKAN/DIBALASKAN DENGANNYA
(YA'NII KAMU TIDAK DIBERIKAN UPAH ATAU BALASAN  YANG BERBENTUK DUNIAWI ATAU MATERIAL) !! ]

Begitulah kira2 terjemahan kasarnya. Dan itulah lima ghoniimah yg perlu direbut oleh setiap orang beriman !

Kita dianjurkan untuk merebut peluang2 keemasan itu.
Peluang pertama ialah bila kita hadhir dalam sesuatu majlis atau meeting atau masywarat pada sesuatu kawasan atau tempat atau kampung atau daerah atau jabatan dan sebagainya, mereka tidak i'tiraf kita, mereka tidak akui kita, mereka abaikan kita, mereka tidak mempedulikan kita ..……

Jadi bila mereka tidak i'tiraf kita, disitulah letaknya
keuntungan yang sangat besar ! Antum sendiri boleh memikirkan dan menjawabnya mengapa demikian…..

Peluang kedua ialah bila kita tidak hadhir pada sesuatu majlis atau meeting atau masywarat dalam suatu kawasan atau tempat atau kampung atau daerah atau jabatan dsbnya, kita tidak dicari oleh mereka.

Ketidakhadhiran kita itu tidak dirasa oleh mereka ya'nii mereka
merasakan bukanlah suatu kehilangan bila kita tidak hadhir
sekalipun  !! Ketidakhadiran kita itu tidak sedikit pun mengganggu kelancaran perjalanan majlis atau meeting itu kerana kita bukanlah tokoh penting (yang berada didepan) di dalam majlis atau meeting dsbnya itu. Malah walau pun kita hadhir, mereka tidak akan i'tiraf kita……
Alangkah beruntungnya kita bila dapat memperolehi ghoniimah ini ! Mengapa tidak, tentu antum sendiri dapat memberikan jawapannya…….

Peluang ketiga pula ialah bila kita memberikan suatu syahaadah atau bukti keterangan atau bayyinah (penjelasan) kepada mereka, mereka abaikan sahaja syahaadah dan keterangan kita itu, mereka tidak mengambilnya sebagai salah satu drp agenda masywarat mereka ! Dan inilah ghoniimah ketiga yg perlu direbuti oleh setiap mu'min ! Mengapa demikian ? Saya kira antum yg bistari bisa menjawabnya……

Peluang keempat adalah bila kita berkata atau membicarakan akan sesuatu, mereka tidak terima kata2 kita. Mereka menolak kata2 kita.

Bila kita mengatakan yg haq, mereka menafikannya. Bila kita
berda'wah atau bertabliigh, mereka menolak kita. Inilah ghoniimah (yang sebenarnya merupakan ni'mat drp Allooh swt untuk para hambanya yg mu`miniin).Dan para Anbiyaa` a.s. serta orang2 yg mengikuti jejak mereka telah melalui proses ini (ya'nii telah memperoleh ghoniimah ini) . Dan dalam proses ini banyak sekali keuntungan dan ganjaran yg bakal kita terima drp Allooh swt dan antum sendirilah yg lebih ma'lum dalam hal ini . Tidakkah ingin kita merebut akan ghoniimah ini ?

Peluang kelima pula ialah bila kita melakukan sesuatu `amalan,
kita tidak diberikan balasan (upah) dari segi kebendaan duniawi
dsbnya. Hari ini, rata2 orang mengharapkan (malah berebut2) akan pemberian/anugerah/balasan /upah/pengi'tirafan duniawi/kebendaan bila telah melakukan akan sesuatu `amalan atau pekerjaan.

Sebenarnya bila kita melakukan sesuatu `amalan, dan kita
diberikan pembalasan/anugerah/pengi'tirafan duniawi/kebendaan di atas `amalan atau pekerjaan kita itu, maka dengan sendirinya
mertabat atau darjat atau saham kita di akhirat akan berkurangan. Walhal kehidupan kita di sana adalah yang kekal abadi, tapi telah terjejas oleh pemberian /balasan duniawi/kebendaan yg kita telah kita ambil itu. Banyak keterangan tentang hal ini. Dan siri2 RF yang lalu telah beberapa kali membentangkan akan perkara ini.

Atau bagaimana kata antum ?

Bagi sesetengah orang, mungkin bila kita berusaha untuk merebut kelima2 ghoniimah di atas adalah merupakan sesuatu yang pasif dan tidak berdayasaing !! Sebenarnya kemajuan yang dikehendaki (yang diutamakan) oleh Islam
adalah kemajuan kerohanian, bukan drp sudut kebendaan semata2…… Bila seseorang itu sibuk berusha membetulkan `aqiidah mereka, sibuk berusha membersihkan hati mereka, sibuk menanam cinta Allooh dan RosulNya dalam hati mereka, sibuk membina dan mema'murkan kampung akhirat mereka, sibuk mengutamakan kehidupan akhirat drp kehidupan dunia mereka, …. dsbnya….. dsbnya, maka inilah yg
dikatakan orang yang maju dan dinamik, orang yg tidak pasif. Orang yg maju dalam agama dan kerohanian mereka. Kerana mereka memandang kpd akhirat….. dunia bukanlah matlamat mereka. Garis pengukur mereka adalah akhirat.

Walloohu A'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar….
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Alfaqiiru ilallooh.

Masuka….

[1] GHUNM (kj: GHUNUUM), GHONIIMAH : jarahan, rampasan perang.

[2] GHONIIMAH : untung, faedah, manfa'at. MAKSAB.

[3] GHONIIMAH BAARIDAH : ghoniimah yg didapati tanpa susah payah.

[4] MAGHNAM (kj: MAGHOONIM), GHONIIMAH : jarahan, rampasan perang.

[5] IGHTANIMUU !! : rebutlah oleh kalian !! [Dapatkan/rebutlah
ghoniimah2  !!].

 

©Cynari Creation 2000