Sekadar Ingatan dan Pedoman

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1.  Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca  Al-Quran.

2.  Aku rumah yang gelap,  maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3.  Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.  Aku rumah ular berbisa,  maka bawalah amalan Bismillah sebagai 
penawar.

5.  Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa
ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1.  Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2.  Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3.  Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir ituubatnya.
4.  Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5.  Seluruh tahun itu racun,  Ramadhan itu ubatnya.

Kirimkan Untuk Rakan-rakan Muslim Anda Yang Lain
Sebagai Tanda Sahabatnya
Sedang Mengingatinya.
-------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal
r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik,
mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai
kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject: Cantik Rupa? Bukan Jaminan......

NASIHAT YG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA........

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang
yang anda jumpai. 

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk
menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu
pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah,
diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.

Jika suatu ketika anda  membutuhkan pertolongan, akan senantiasa ada
tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.  Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang
murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject: Cahaya Di muka Nabi.....

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh)maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya:
" Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" 

Jawab Rasulullah:

" Orang yang bakhil."

 Aku bertanya lagi : " Siapakah orang yang bakhil itu?"

 Jawab baginda:

"Orang yang ketika disebut namaku di depannya,dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

" Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit
sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."


KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa  seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap )telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi
s.a.w. :

" Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah
ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan,oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: " Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang
yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau
disisinya." 
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : " Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana
kita tergolong dalam umat Muhammad.

 

©Cynari Creation 2000