Daripada Enam kepada Enam - Enam Prinsip Melawan Arus

Mari kita terus mencahayakan hati kita dengan menghayati nasihat parasolihiin.....................

Telah menerangkan setengah Hukamaa` rah.a.....(mafhumnya)....: Apabila manusia (orang ramai) menyibukkan diri mereka dengan enam perkara, maka hendaklahantum (kalian) menyibukkan diri antum dengan enam perkara yang lain :

[Yg pertama]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MEMPERBANYAKKAN 'AMAL (KATHRATUL A'MAAL),maka
hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan
  MEMPERELOKKAN 'AMAL (MEMPERBAIKKAN 'AMAL /HUSNUL A'MAAL).

[Yg kedua]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan PERKARA-PERKARA AL-FADHOOIL(PERKARA-PERKARA YG BERKAITAN DGN KELEBIHAN-KELEBIHAN/ FADHIILAT-FADHIILAT/VIRTUES/MERITS), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MENYEMPURNAKAN PERKARA-PERKARA YG FARDHU ATAUAL-FAROOIDH (ITMAAMUL FAROOIDH).

[Yg ketiga]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MENGISLAHKAN AL-'ALAANIYAH (MENGISLAHKANPERKARA- PERKARA DZOHIRIYYAH / ISLAAHUL 'ALAANIYAH), maka hendaklah antum menyibukkan diri antumdengan MENGISLAHKAN AS-SIRR (MENGISLAHKAN PERKARA-PERKARA BATINIYYAH ATAU SIRR /ISLAAHUSSIRR).

[Yg keempat]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan KE'AIBAN-KE'AIBAN ORANG LAIN('UYUUBUNNAAS), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan KE'AIBAN-KE'AIBAN DIRI ANTUM SENDIRI  ('UYUUBUANFUSIKUM).

[Yg kelima]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MENG'IMARAHKAN DUNIA (MEMA'MURKAN DUNIA /
'IMAAROTUDDUNYAA), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MENG'IMARAHKANAKHIRAT (MEMA'MURKAN AKHIRAT / 'IMAAROTUL AAKHIRAH).

[Yg keenam] Apabila manusia atau orang ramai menyibukkan diri mereka dengan MENCARI ATAUMENUNTUT KEREDHAAN ATAU KESUKAAN MAKHLUQ-MAKHLUQ (TOLABU RIDHOL MAKHLUUQIIN), makahendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MENCARI ATAU MENUNTUT KEREDHAAN ATAUKESUKAAN ALLAH TA'AALAA (TOLABU RIDHOLLAAHI TA'AALAA).

Begitulah mutiara daripada para Hukamaa` rah.a. Begitulah Enam Prinsip yg perlu dijadikan pegangan hidup............
Jadi amat perlulah bagi kita untuk mengamati satu persatu akan nasihat dan pesanan merekadi atas. Cuba kita tinjau semula pesanan yang kelima di atas i.e. apabila  manusiaberpusu-pusu mengejar DUNIA, maka hendaklah kita pula berpusu-pusu mengejar AKHIRAT !! Apabila manusia atau orang ramai begitu tersangat minatdan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan DUNIA, maka hendaklah kita pulabegitu tersangat minat dan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan AKHIRAT !!!

Apabila manusia atau orang ramai sibuk BEREBUT-REBUT DANBERBANGGA-BANGGA PULA DALAM MENG'IMARAHKAN DUNIA MEREKA, maka hendaklah kita pula sibuk BEREBUT-REBUT DALAM MENG'IMARAHKAN AKHIRAT KITA!!!! Nampaknya jelas sekali bahawa kita kenalah MELAWAN ARUS majoriti manusia atau orangramai......... kalau ramai orang ke hulu kenalah kita kehilir begitu pun sebaliknya. Ini berma'na kalau orang ramai ke hulu, dan kita punke hulu juga, tunggulah kebinasaan diri sendiri....................!


Wallaahu a'lam.
Semoga sama-sama kita mengambil i'tibaar.

Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

MASUKA.....


KATHIIRUN (plural: KATHIIRUUN, KITHAAR) : banyak, melimpah, dsbnya [i.e. much, many, numerous, abundant, plentiful, copious; frequent; a large portion, a great deal, a great many, a lot.
AL-KATHIIRU MIN : the most part of, most of.
KATHIIRAN : seringkali, frequently, often.
AL-KATHIIRU MIN, AL-KATHIIRUUNA MIN : the majority of, most of; plenty of, a great many, a lot of.
KATHIIRUN 'ALAA: too much for.
FII KATHIIRIN MINAL AUQOOT dan FII AHYAANIN KATHIIRAH : pada kebanyakan waktu/masa, frequently, often.
AKTHARIYYAH : majority.
MIKTHAAR : very talkative, garrulous.
TAKTHIIR : increase, augmentation, mutiplication, propagation, ample provision, abundant supply.
IKTHAAR increase, augmentation, multiplication, propagation, ample provision, abundant supply ; raising, increase (esp. of the yield).
TAKAATHUR : growth, multiplication, propagation, proliferation.
MUKTHIR : rich, well-to-do.
MUTAKAATHIR : numerous, extensive.
KATHRAH : large quantity, great number, multitude, abundance,
copiousness, numerousness, frequency, multiplicity, plurality;
majority, major portion.
BI KATHRAH : plentifully, abundantly.
KATHRATUL A'MAAL : (banyaknya/memperbanyakkan amal).
AL-FADHOOIL (katanama mufradnya/singular: FADHIILAH): virtues, merits, (kelebihan-kelebihan).
AL-FAROOIDH (katanama mufradnya: FARIIDHOH) : perkara-perkara yang fardhu.
ITMAAM : penyempurnaan/menyempurnakan.
ISLAAH : pengislahan/pembaikian/membaiki/memperbaiki/mengislahkan.
Al-'ALAANIYAH: sifat-sifat atau perkara-perkara yg
dzohiriyyah/luaran.
ISLAAHUL 'ALAANIYAH : mengislahkan perkara-perkara (sifat-sifat) yang dzohiriyyah.
AS-SIRR : sir, perkara-perkara (sifat-sifat) batiniyyah/dalaman.
ISLAAHUSSIRR : mengislahkan perkara-perkara atau sifat-sifat
batiniyyah/dalaman.
'UYUUB (mufradnya: 'AIB/'AIBUN) : keaiban, fault, defect,shortcoming.
'AIBUN JISMIYYUN : physical defect.
'AIBUN 'ALAIKA ! .... You ought to be ashamed !, shame on you !
'IMAARAH : peng'imarahan/meng'imarahkan/mema'murkan.
'IMAAROTUL AAKHIRAH: mema'murkan akhirat.
'IMAAROTUDDUNYAA : mema'murkan dunia.
MAKHLUUQIIN : makhluq-makhluq
TOLAB : mencari, menuntut, (penuntutan/tuntutan).
TOOLIB : penuntut lelaki, pelajar lelaki, male student.
TOOLIBAH : pelajar wanita, female student.

 

©Cynari Creation 2001