Make your own free website on Tripod.com

LAILATULQODR

Daripada kitab yangg sama seperti RF 130 dan RF 131. Halaman 379 - 381. Berikut adalah terjemahan kasarnya:Dan sesungguhnya telah diriwayatkan drp Muhammad bin Ka'ab r.a.,katanya (mafhumnya) : Ketika 'Umar Al- Khottoob r.a. sedang duduk dalam majlis bersama beberapa orang para sahabat Rasuulullaah s.a.w drp golongan muhaajiriin, mereka membicarakan tentang Lailatulqodr dan bersama mereka itu ada juga Ibnu 'Abbaas r.a. Maka setiap seorang daripadamereka telah bercakap tentang Lailatulqodr mengikut apa yg didengarnya. Sedangkan Ibnu 'Abbaas r.a. hanya duduk diam sahaja.Lalu 'Umar r.a. bertanya kepada Ibnu 'Abbaas r.a., "Mengapa engkau wahai Ibnu 'Abbaas diam dan tidak berbicara ? Berbicaralah dan jangan sampai kemudaan (hadaathah) menghalangengkau drp berbicara ! (maksudnya: Walau pun engkau masih mudatetapi berbicaralah !)".Maka berkatalah Ibnu 'Abbaas r.a., "Sesungguhnya Allaah s.w.t. itu adalah witir dan suka kpd yg witir. Dan sesungguhnya Dia s.w.t. telah menjadikan dunia ini berpusing/beredar di atas tujuh. Dan Dia s.w.t telah mencipta rezeqi2 (arzaaq) kita drp tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan di atas kita tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan di bawah kita tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan laut2 itu tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan apa yang diletakkan dalam sujud drp anggota2 kita tujuh. Dan Dia swt telah mengharamkan nikah dengan kaum kerabat (al-aqrobiin) tujuh. Dan Dia swt telah membahagikan mawaarith (harta2 peninggalan simati) di antara mereka tujuh. Dan Dia swt telah menganugerahkan NabiNya saw akan Al-Mathaani tujuh. Dan towaaf di Baitullaah tujuh. Dan melontar jamrah2 (jimaar) tujuh. Maka lantaran itu aku beranggapan bahawa Lailatulqodr itu, wallaahu a'lam, adalah pada malam yang ke tujuh dan dua puluh (iaitu malam dua puluh tujuh) drp bulan Romadhoon".Maka merasa ta'ajjublah 'Umar r.a. (akan penjelasan Ibnu 'Abbaas r.a. tersebut) dan berkata,:"Wahai qaumku, siapa yang sanggup meriwayatkan seperti riwayatnya Ibnu 'Abbaas r.a. ini ?! ".Telah berkata Ibnu Rojab r.a,:"Dan drp apa telah meminta petunjuk (memperolehi petunjuk dan dalil) oleh mereka yang telah mentarjihkan akan malam yg ke 27 ini adalah ayat-ayat dan 'alamat-'alamat (al-aayaat wa al-'alaamaat) yg telah diriwayatkan tentangnya lama dan baru (qodiiman wa hadiithan) dan apa yg telah berlaku padanya drp penerimaan doa (ijaabatudda'awaat)."Adalah Ubaiyy bin Ka'ab r.a. telah memperolehi dalil atas (perkara) itu dengan naiknya matahari di mana sobiihahnya (sinarnya yang bersih lagibagus) tanpa ada syu'aa' (sinar matahari yg biasanya terpencar dan menyilaukan) pada matahari itu.Dan adalah 'Abdah bin Abii Lubaabah rah.a. berkata,"Ianya adalah malam yg ke 27. Dan dia telah memperolehi dalil atas (perkara) itu menerusi perkara-perkara yg yang sesungguhnya telah diujimujarrabnya, dan juga menerusi bintang-bintang. [Telah mengeluarkannya oleh Abdurrazzaaq].Dan diriwayatkan drp 'Abdah juga, "Bahawasanya dia telah merasa air laut pada malam ke 27 tiba-tiba menjadi segar untuk diminum (tawar/'azbun). [Ini telah diriwayatkan oleh Al-Imaam Ahmad]."Dan diriwayatkan juga bahawa telah towaaf setengah para salaf pada malam ke 27 di Al-Baitil Al-Haroom, maka mereka melihat para malaikatdi udara sedang bertowaaf (tooifiin) di atas kepala orang ramai.Dan telah meriwayatkan Abuu Muusaa Al-Madiiniyy r.a. drp jalan Abuu Asy-Syeikh Al-Asbihaaniyy dengan isnaadnya drp Hammaad bin Syu'aib drpseorang lelaki di kalangan mereka, katanya,: Aku telah berada di as-sawaad, maka tetekala pada sepuluh akhir Romadhoon aku telah melihat-lihat (mencari) akan malam lailatulqodr.Lalu seorang lelaki bertanya kepadaku, "Apa yang engkau lihat-lihat (mencari) tu ?". Jawabku,"Aku melihat-lihat (mencari) akan lailatulqodr ?" Katanya, "Nanti aku akan mengkhabarkan kpd kamu. Maka takala adalah malam itu malam yg ke 27 datanglah lelaki itu dan dia memegang tanganku, dan dia membawaku ke pohon kurma, maka tiba2 pohon kurma itu meletakkan pelepah2nya (sa'af/su'uuf) di atas bumi.Maka terang lelaki itu, Tidak kami melihat akan peristiwa ini (di mana pohon kurma meletakkan pelepah2nya di atas tanah) pada setiap tahunmelainkan pada ini malam (iaitu malam ke 27).Dan Abuu Muusaa rah.a. menyebut juga,:Bahawasanya seorang lelaki yg lumpuh telah berdo'a kepada Allaah swt pada malam ke 27 drp bulan Romadhoon, maka ianya telah diberikan/utliqo (iaitu lalu sembuh drp penyakit lumpuh itu).Dan drp seorang perempuan yg lumpuh juga drp ahli Basroh telah berdo'a kpd Allaah swt pada malam ke 27, maka diberikan juga/utliqot (iaitu disembuhkan).Dan drp seorang lelaki ahli Basroh, adalah ia telah bisu (akhros) selama 30 tahun, maka telah berdo'alah ia kepada Allaah swt pada malam ke 27, maka telah sembuhlah lidahnya drp menjadi bisu dan bisa bercakap.Dan telah menyebut Al-Waziir Abuu Al-Muzoffar bin Hubairoh rah.a. bahawa beliau telah melihat pada malam ke 27 (dan adalah malam itu malam Jumu'at) akan sebuah pintu di langit yg sedang terbuka diatas ka'abah (saamiyyal Ka'bah). Katanya lagi : Maka aku mengira bahawa ianya adalah di muka al- hujroh an-nabawiyyah. Katanya lagi : Sentiasalah pintu itu terbuka demikian sehingga aku berpaling ke timur untuk melihat naiknya fajar, maka (selepas itu) aku berpaling ke pintu itu lagi tetapi aku telah dapati ianya telah ghaib/hilang.Dan dengan inilah sesungguhnya telah memperoleh dalil mereka yg telah mentarjihkan malam Jumu'at fil ifrood. Dan sesungguhnya telah memperoleh dalil/petunjuk segolongan mutaakhkhiriin drp Al-Quraan bahawa Lailatulqodr itu adalah malam yg ke 27, drp dua tempat/maudhi' :Maudhi' pertama : Bahawasanya Allaah swt telah menyebutkan lailatulqodr itu di dalam Surah Al-Qodr pada 3 tempat, dan lailatulqodr itu huruf2nya adalah 9, dan 9 bila didharobkan dengan 3 menjadi 27.Maudhi' kedua : Bahawasanya telah berfirman Allaah swt (SALAAMUN HIYA), maka kalimah HIYA adalah yg ke 27 drp surah itu. Maka sesungguhnya kalimaatnya (kalimah2nya) adalah 30 kalimah.Dan telah berkata Zirr bin Hubaisy r.a, : Aku memerintah kalian supaya mandi pada malam yg ke 27.Semoga sama2 kita mengambil i'tibaar.Wassalaamu'alaikum wrb.,Al-faqiiru ilallaah.16 ROMADHOON1420H.

Masuka.....

MIIROOTH : harta warithan, harta peninggalan mayyit, (kata jama'nya:MAWAARITH).MUQ'AD : lumpuhROJULUN MUQ'AD : seorang lelaki yg lumpuh IMROATUN MUQ'ADAH : seorang perempuan yg lumpuh.

 

ęCynari Creation 2001