UWAIS AL-QORONIYY RAH.A.

(a) MAKHLUUQ2 (INSAAN2) YANG DICINTAI OLEH ALLAAH SWT.
(b) KISAH 'UMAR R.A., 'ALI R.A. DAN UWAIS AL- QORONIYY RAH.A.
(c) NASIHAT UWAIS AL-QORONIYY RAH.A. KEPADA 'UMAR R.A. DAN
'ALI R.A.

[PERHATIAN: Kisah berikut ini benar2 memberikan rawatan rohani kepada muslimiin/muslimaathari ini dalam menghadapi zaman yang serba mencabar dan penuh pancaroba ini di mana segalaagenda, program dan tindaktanduk yang berasaskan perolehan2 duniawi telah menjadi darahdaging umat ini, di mana mereka yang benar2 tulus ikhlaas, lillaah dan fillaah adalahsukar di cari. Terjemahan kasar berikut ini adalah sekadar mengikut kemampuan saya sahaja,di mana sudah tentulah ramai di kalangan pembaca yang mampu menterjemahnya secara lebihtepat dan teliti. Lantaran itu saya dengan rendah diri hati dan hati yang terbuka bersediamenerima teguran dalam membaiki penterjemahan ini. Cuma saya merasa terpanggil untukketengahkan kisah ini kepada umat, kerana sebahagian daripada kita tidak bisa membacakitab2 asal yang berbahasa 'Arab] [Penghantar RF].

Berikut adalah terjemahannya :

Daripada Abuu Huroiroh r.a., katanya : Telah bersabda Rasuulullaah saw
....(mafhumnya kira2)...: Sesungguhnya Allaah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqnyayang bersifat
(i) al-asfiyaa` (iaitu orang2 yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dantulus dan benar2 mendampingi Allaah swt) lagi bersifat
(ii) al-akhfiyaa`(iaitu orang2 yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atauorang2 yang ber'uzlah, yang diam2, yang sembunyi2, kerana Allaah swt) lagi bersifat
(iii) al-abriyaa` (iaitu orang2 yang terkena debu/berdebu, iaitu orang2 yang kehidupannyaadalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitanhidup yang mereka lalui kerana Allaah swt) lagi bersifat
(iv) asy-sya'ithah ruuusuhum (iaitu orang2 yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut,tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan2 ukhrowi dan juga menghadapi liku2kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allaah swt) lagi bersifat
(v) al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang2 yang mana wajah2 mereka penuh berlumuran debu,lantaran liku2 kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dankekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat
(vi) al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang2 yang tersangat kempis perut-perut mereka keranakelaparan dan kurang makan, sama ada kerana
sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagibersifat
(vii) iaitu orang2 yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin2 makatidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi
mereka, dan lagi bersifat
(viii) kiranya mereka meminang wanita2 yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikitmaka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan denganwanita2 tersebut) dan lagi bersifat
(ix) kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempatmithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambilkisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat
(x) kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempatmithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu,dan lagi bersifat
(xi) kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidakmelawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat
(xii) kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramaitidak menziarahi mayat2 mereka).

(Setelah mendengar sabdaan Baginda saw itu), maka mereka (ya'nii para sahabat r.a.) telahbertanya...(mafhumnya kira2)...: Wahai
Rasuulallaah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada merekaitu (iaitu orang2 yang dicintai Allaah swt yang
mempunyai sifat2 di atas) ?
Sabda Baginda saw ...(mafhumnya kira2)..: Itulah Uwais Al-Qoroniyy.
Mereka (iaitu para sahabat r.a.) bertanya lagi....(mafhumnya kira2)...: Dan bagaimanakah(sifat2) Uwais Al-Qoroniyy itu ?
Sabda Baginda saw ....(mafhumnya kira2)....: (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru2an danjuga berwarna kemerah2an/perang, di antara kedua
bahunya agak jauh (ya'nii bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri,mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam2
manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkankepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullaah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilaawatakan Al-Quraan, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh,tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan olehorang ramai), sentiasa memakai kain sarung/izaar
yang diperbuat daripada suuf (bulu)dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuatdaripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan ahli bumi, dikenali (ma'ruuf)pada pandangan ahli langit, seandainya dia bersungguh2 memohon kepada Allaah swt pastilahAllaah swt akan memberikan bahagian2nya, ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunyayang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila
datang hari qiyaamat nanti dikatakan kepada hamba2 : Masuklah kalian ke dalam syurga !,
dan dikatakan kepada Uwais : Berhenti, dan mintalah syafaa'at !
Maka Allaah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor.Wahai 'Umar, wahai 'Ali, apabila kalian berdua
telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohonistighfaar (kepada Allaah swt) untuk kalian berdua, nescaya Allaah akan mengampun kalianberdua (menerusi istighfaarnya itu).

(Perawi) meneruskan cerita.....(mafhumnya)...: Maka mereka berdua (iaitu 'Umar r.a. dan'Ali r.a.) terus menanti dan mencari akan Uwais rah.a. selama sepuluh tahun, tetapi merekaberdua tidak mampu (tidak berpeluang) untuk bertemu dengannya. Tetapi pada akhir tahun itu(iaitu
tahun kewafatan 'Umar r.a.), maka 'Umar .r.a. terus naik ke Bukit Abuu Qubais ( iaitusebuah bukit yang berhampiran dengan Masjidil Haroom)
lalu menyeru dengan suaranya yang kuat....(mafhumnya) ....:
Wahai ahli2 haji (iaitu jamaa'ah2 haji) daripada Yaman ! Adakah Uwais di kalangan kalian ?

Maka lalu berdirilah seorang tua yang berjanggut panjang dan menjawab....(mafhumnya)....:Sesungguhnya kami tidak tahu akan siapakah itu Uwais.Akan tetapi, saya ada seorang anaksaudara yang dipanggil Uwais, sebutannya/namanya tidaklah gah pada pandangan orang ramai(iaitu
dia adalah amat tidak masyhuur), lagi pula dialah yang paling tidak memiliki harta, dansegala urusannya sangat simple/mudah, malah jauh lebih simple daripada apa yang dapat sayaterangkan kepada tuan, dan sesungguhnya dia adalah yang menjaga/mengembala unta kami, danpada pandangan kami dia adalah seorang yang tidak berharga (iaitu dipandang rendah olehorang ramai).

(Daripada penerangan itu), 'Umar r.a. masih merasa samar-samar lagi, seolah2 beliau tidakmahu akan dia (ya'nii tidak menduga akan dia).
Lalu 'Umar r.a. pun bertanya lagi....(mafhumnya)... : Anak saudara kamu tu, adakah diaberada di Harom kita ini ?

Jawab orang tua yang berjanggut panjang itu : Na'am (Ya ).
Tanya 'Umar lagi.....(mafhumnya).....: Di manakah ianya boleh didapati ?
Jawab orang tua itu ..(mafhumnya)...: Nescaya dia memperlihatkan dirinya kepada tuan di'Arofaat.

(Perawi) melanjutkan ceritanya lagi..... (mafhumnya)...:
Maka 'Umar r.a. dan 'Ali r.a. pun dengan segera menunggang menuju ke 'Arofaat, maka disana mereka berdua mendapati seorang yang sedang berdiri solat, ke arah sebatang pokok,dan ada unta di sekeliingnya yang sedang merumput. Maka mereka berdua r.a. pun menambatkedua ekor himaar mereka kemudian menghadapi lelaki
itu sambil berkatalah mereka berdua ...:
Assalaamu'alaikum wa rohmatullaahi !

Uwais rah.a. meringankan (memendekkan) solatnya kemudian menjawab : Assalaamu'alaikumaa warohmatullaah !
(mafhumnya : Sejahteralah ke atas tuan berdua, dan juga rohmat Allaah)!
Mereka berdua r.a. bertanya ...(maksudnya)..: Siapakah lelaki ini (siapa saudara ?
Jawab Uwais rah.a. .....(mafhumnya)...: (Saya) adalah seorang pengembala atau penjaga untadan juga seorang pelayan kepada suatu qaum.
Mereka berdua r.a. membalas....(maksudnya)...: Bukanlah kami bertanya tentang penjagaan/pengembalaan itu, dan bukan juga tentang pelayanan. Siapa nama saudara ?
Jawab Uwais rah.a....(mafhumhya)...: 'Abdullaah (hamba Allaah).
Balas mereka berdua r.a. lagi.....(mafhumnya)...: Sesungguhnya kami sudah mengetahuibahawa semua ahli langit dan ahli bumi adalah 'Abiidullaah
(hamba2 Allaah). Siapakah nama saudara yang mana ibu saudara telah menamakan saudara ?
Jawab Uwais rah.a....(mafhumnya)...: Eh tuan berdua ni ! Sebenarnya apakah yang tuanberdua hendakkan daripada saya ?
Jawab mereka berdua ....(mafhumnya)...: Telah menjelaskan kepada kami Muhammmad saw akansifat2 Uwais Al-Qoroniyy, maka sesungguhnya kami telah kenal akan kemerah2an dan kebiru2an(matanya), dan Baginda saw telah mengkhabarkan kepada kami bahawa di bawah bahunya yangkiri ada bintik putih maka jelaskanlah/terangkanlah akan perkara itu kepada kami berdua,maka sekiranya tanda2 itu ada pada saudara maka saudaralah dia (iaitu Uwais) yangsebenarnya.

Maka Uwais rah.a. pun menjelaskan (menunjukkan) tanda di bawah bahunya, maka memangbenarlah terdapat bintik yang tersebut, maka mereka berdua r.a. pun saling berebut2 untukmenguncup akan dia.
Dan mereka berdua r.a. pun berkata. .....(mafhumnya)...: Kami naik saksi bahawa saudaralahUwais Al-Qoroniyy ! Maka beristighfaarlah (ya'nii mohonlah maghfiroh/ keampunan kepadaAllaah) untuk kami berdua, semoga Allaah swt memberikan maghfiroh untuk saudara !
Jawab Uwais rah.a. ...(mafhumnya)..: Tidak aku khususkan dengan istighfaarku itu akandiriku seorang saja dan tidak juga mana2 anak Adam,
akan tetapi ianya merangkumi semua mu`miniin dan mu`minaat, dan muslimiin dan muslimaat,di daratan dan di lautan. Eh tuan berdua ni, di mana Allaah swt telah menyingkapkan halsaya kepada tuan berdua, dan Allaah swt telah memperkenalkan urusan saya kepada tuanberdua ! Maka sebenarnya siapakah tuan berdua ni ?

Lalu 'Ali r.a. menjawab...(mafhumnya)...: Maka ada pun yang ini adalah 'Umar, AmiirulMu`miniin, dan ada pun saya ini adalah 'Ali bin Abii Toolib.

(Setelah mendengar penerangan 'Ali r.a.) maka berdirilah Uwais rah.a. sambil berkata ...:Assalaamu'alaika Yaa Amiirol Mu`miniin,
Warohmatullaahi Wa Barokaatuh ! Dan tuan, Ya 'Ali bin Abii Toolib, semoga Allaah membalastuan berdua (kerana berkhidmat) kepada ummat
ini dengan penuh kebaikan !!
Lalu membalaslah mereka berdua r.a....(mafhumnya)...: Dan saudara, semoga Allaah swtmembalas terhadap diri saudara dengan penuh kebaikan juga !
Maka berkatalah 'Umar r.a. kepada Uwais rah.a. ...(mafhumnya)...: Tempat saudara, semogaAllaah swt merohmati saudara, sampai saya memasuki Makkah nanti, maka saya akan datangkanbuat saudara nafaqoh daripada pemberian saya dan kelebihan kain pakaian daripada pakaiansaya, tempat ini hanyalah sekadar mii'aad (waktu yang telah ditentukan) saja di antarasaya dan saudara.
Terus Uwais rah.a. membalas...(mafhumnya)...: Mii'aad (waktu yang telah ditentukan) diantara saya dan tuan, saya (mungkin) tidak (akan) melihat atau bertemu tuan lagi selepashari ini, maka perkenalkan kepada saya (ya'nii beritahulah saya) apa yang saya nak buatdengan nafaqoh itu dan
dengan kain pakaian itu ? Tidakkah tuan melihat bahawa saya masih sedang memakai kainsarung daripada suuf dan juga kain selendang daripada
suuf ? Bilakah tuan melihat saya merobekkan kedua2nya itu (iaitu kain sarung dan selendang
itu) ? Tidakkah tuan melihat bahawa saya masih
sedang memakai kedua sandal saya yang bertambal ini ? Bilakah tuan telah melihat sayamelusuhkan keduanya ? Sesungguhnya saya telah mengambil empat dirham sebagai upahpenggembalaan, maka bilakah tuan melihat
saya makan (akan makanan yang telah dibelikan dengan wang itu) ?
Wahai Amiirol Mu`miniin, sesungguhnya di hadapan saya dan di hadapan tuan ada suaturintangan yang tersangat sulit untuk diatasi, di mana seorang pun tidak akan dapatmelepasi rintangan sulit itu kecuali seorang yang sangat kurus kering badannya lagi ringan(ya'nii sedikit sekali hartanya / miskin), maka ringanlah, semoga Allaah swt merohmatituan !

Tatkala telah mendengar 'Umar r.a. akan nasihat Uwais rah.a. itu maka terdiam ia dan tidakbergerak seketika, kemudian beliau r.a. melaung dengan suara terkuat yang beliaumampu....(mafhumnya)...:
Alangkah bagusnya sekiranya ibu 'Umar tidak melahirkan 'Umar ! Alangkah bagusnya sekiranyaibu 'Umar seorang perempuan yang mandul yang tidak mengobati/merawat akan kandungannya !
Mahukah sesiapa mengikuti jejak langkahnya , dengan apa yang ada padanya dan baginya ?!?!

Kemudian Uwais rah.a. berkata.....(mafhumnya) ....: Wahai Amiirol Mu`miniin,ambillah/mulailah tuan (untuk bertindak sewajarnya) di sini ! !
Dan saya pun mengambil/memulakan (untuk bertindak sewajarnya) di sini juga !!

Maka (dengan penuh sayu dan hiba) 'Umar r.a. pun bergerak meninggalkan tempat itu menujuke arah Makkah dan Uwais Al-Qoroniyy rah.a. pula terus menggiringkan untanya. Dan dengantiba2 qaumnya (iaitu qaum Uwais) telah datang dengan unta2 mereka. Dan (dengan persetujuanbersama) akhirnya Uwais Al-Qoroniyy rah.a. telah berhenti daripada kerja-kerjapenggembalaan dan beliau rah.a. pun menghadapi sepenuhnya (memberikan penumpuan) untuk'ibaadah sehinggalah beliau
rah.a. menemui Allaah 'Azza wa Jalla.

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp kitab Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a, jilid 3,
halaman 45, 46, 47 dan 48. Daarul Ma'rifah, Beiruut, Lubnaan.
[Seperti yang telah saya nyatakan di atas, bahawa terjemahan ini adalah terjemahan kasar,kerana kelemahan saya sendiri dalam pemilihan kata2
dan susunan bahasanya, bagaimana pun saya melakukankanya terbaik yang saya mampu supayama'na setiap kalimah/ayat tidak hilang seperti asalnya (supaya mirip asalnya), dan sudahtentulah ramai di antara pembaca yang jauh lebih mampu daripada saya, ma'af jua dipinta].
Sehubungan dengan RF 155 ini, rujuklah juga akan RF 62, RF 64, RF 65 dan RF 66 yang lalu.

Sungguh banyak kesimpulan yang dapat kita ambil daripada keterangan di atas. Antaranya :

[1] Ciri2 kekasih Allaah swt itu jelas sekali. 12 sifat yang dinyatakan itu adalah tinggisekali. Dan sifat2 ini sebenarnya telah ada pada mereka yang telah berjaya seperti 'Umarr.a. dan Uwais Al-Qoroniiyy rah.a. dan lain2. Kalau dalam hidup ini kita diberi taufiiqbertemu dengan orang2 yang seperti mereka, berbahagialah kita. Kalau pun tidak sepertimereka, dapat berjumpa dan bersahabat dengan orang2 yang mirip2 mereka pun tak mengapalah,ada keberkatan juga. Cuma yang paling ditakuti,
jika ada orang2 yang sebegini (para musaafir mithalnya), dik kelemahan iman dan kegelapanhati kita, kita (sebagai ahli di bumi ini) memandang mereke selekeh kononnya walhal ahlilangit mengenali dan memuliakan mereka, lalu bila mereka datang atau masuk ke negara kita,atau negeri kita, atau daerah kita, atau kampung kita, atau masjid/surau kita, atau rumahkita,
maka kita memandang serong terhadap mereka, malah kita memberikan rintangan2 terhadapmereka dan kita halau mereka !
Kalau beginilah perilaku kita terhadap mereka itu,
tunggulah saja balaa` daripada Allaah swt.
Na'uuzubillaahi min zaalik !
Sepatutnya kita memberikan sepenuh bantuan kepada mereka, atau setakat yang kita mampu.Sepatutnya kita memohon kepada mereka supaya mereka berdoa (atau beristighfaar dsbnya)kepada Allaah swt untuk kita. Paling kurang kita perlu memujuk hati kita untuk menyintaimereka kerana Allaah swt !

[2] Antara nasihat yang telah diberikan oleh Uwais Al-Qoroniyy rah.a. kepada 'Umar r.a.begitu tinggi sekali. Nasihat itu bukan berma'na untuk 'Umar r.a. seorang sahaja, tetapiuntuk kita ummat Islam juga. Antara nasihat beliau rah.a. untuk 'Umar r.a. adalah sepertiberikut (disalinkan semula dibawah) :
Wahai Amiirol Mu`miniin, sesungguhnya di hadapan saya dan di hadapan tuan ada suaturintangan yang tersangat sulit untuk diatasi, di mana seorang pun tidak akan dapatmelepasi rintangan sulit itu kecuali seorang yang sangat kurus kering badannya lagi ringan(ya'nii sedikit sekali hartanya / miskin), maka ringanlah, semoga Allaah swt merohmatituan !

Setelah kita benar2 merenungi akan nasihat tersebut, tentulah kita memahami bahawa itulahjalan yang sebaik2nya bagi kita dalam menuju kepada Allaah swt ..........!!!

[3] Sebenarnya cara kehidupan yang benar2 berdasarkan Islam sangatlah simple. Cuma kitayang meminda2 dan mengada2kan standard- standard duniawinya, sehingga menjadikan susah,dan sehingga kita sendiri terperangkap dengan pindaan2 yang kita buat itu. Sudah tentulahini terjadi kerana kelemahan iman kita dan kerana kepekatan hubbuddunyaa (cinta dunia)dalam lubuk2 hati kita.
Sebagai contoh yang mudah. Ambil tentang pakaian. Bagaimanakah bentuk pakaian Uwais rah.a.dalam kisah di atas ? Jelas sekali bahawa Uwais rah.a. (seorang kekasih Allaah swt),pakaiannya adalah kain sarung dan selendang (izaar dan ridaa`). Dan mengikut keteranganyang lain, Nabi saw juga suka memakai sarung, dan juga selendang. Adakah Uwais rah.a.memakai sarung di waktu malam sahaja ? Atau pada waktu2 tertentu sahaja (mithalnya padamusim haji
sahaja) ? Sudah tentulah tidak demikian, kerana apa yang diberitahukan oleh Rasuulullaahsaw kepada para sahabat r.a. tentang Uwais rah.a. adalah ketika itu Uwais rah.a. masih diYaman, dan Nabi saw menerangkan bahawa sememangnya dia bersarung dan berselendang. Jadiberdasarkan kisah dan keterangan di atas, juga berdasarkan keterangan2 yang lain yangsudah tentulah tak dapat nak dimuatkan di sini kesemuanya, bahawa pakaian sarung danselendang (iaitu pakaian yang amat simple) adalah pakaian yg amat dicintai oleh Nabi saw,oleh Uwais rah.a., dan oleh ramai para soolihiin 'amnya. Tetapi dik kerana hati dan mindakita telah "berubah", kita telah menerima bentuk "pakaian lain", malahkalau ada orang memakai sarung di kantur, pastilah ada orang yang akan memandang serong.Ini hanyalah satu contoh mudah betapa kehidupan yang "simple" itu telah"dipersulitkan", telah disempadankan dengan standard-standard duniawi bikinankita sendiri.
Dan akhirnya kita terperangkap.

[4] Kehidupan yang penuh dengan kezuhudan yang telah ditunjukkan oleh bintang2 kitaseperti 'Umar Al-Khotttoob r.a, Uwais Al-Qoroniyy rah.a., Abuu Ad-Dardaa` r.a. dsbnyaadalah yang perlu menjadi kebanggaan setiap muslim dahulu, sekarang mahu pun akan datang.
Semua kita telah ketahui betapa belasan tampal ada pada baju 'Umar r.a. Dan pernah suatuhari Jumu'at beliau terpaksa lambat hadhir ke masjid
untuk berkhutbah kerana pakaian yang sehelai itu telah dibasuh dan masih belum keringwalau pun pada sa'at2 solat Jumu'at. Begitu pun tentang Uwais rah.a., Rasuulullaah sawtelah memberitahu para sahabat r.a. bahawa salah satu sifat yang tersangat tinggi dantersangat unggul yang
ada pada Uwais rah.a. adalah ZUU TIMROIN (orang yang hanya mempunyai dua helai kainlusuh/usang)....!!!
Tidakkah kita merasa envy terhadap mereka ?!

Dan banyak lagi kesimpulan2 dan pengajaran2 yang dapat diambil daripada kisah di atas.Tentulah antum yang bijak lagi bistari bisa mengambilnya sendiri.Nanti kalau disenaraikanlagi saya khowaatir kalau2 tidak ada orang
yang mahu membacanya dik terlalu panjang.
Wallaahu a'lam.

Semoga kita sama2 memgambil i'tibaar........
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

Masuka ....
[1] 'AQOBAH KAUUD : rintangan yang sangat sulit untuk diatasi (insurmountable obstacle).
[2] TIMR/TIMRON : sehelai lain lusuh/usang/busuk.
[3] TIMROIN : dua helai kain lusuh/usang/busuk.
[4] ZUU TIMROIN : orang yang mempunyai dua helai kain lusuh/usang/busuk.

©Cynari Creation 2001