UWAIS AL-QORONIYY RAH.A. (BHG 2)

Mari kita terus berusha mengenali Uwais Al- Qoroniyy rah.a. dan mari kita menyintainyakerana Allaah swt......

[a] Daripada 'Alaqomah bin Marthid rah.a., katanya ...(mafhumnya)....: Terhenti kezuhudanitu kepada lapan orang, salah seorang daripada mereka adalah Uwais Al-Qoroniyy rah.a. Ahlikeluarganya
menganggapnya sebagai seorang yang gila (majnuun), maka lantaran itu mereka telah membinasebuah rumah atau pondok khusus buat
Uwais rah.a. pada/atas pintu rumah mereka. Masa berlalu bertahun-tahun walhal seorang pundi antara mereka tidak datang menunjukkan wajah
(tidak melihatnya). Dan adalah makanannya hanyalah daripada biji2/buah2 tamar yangdipungutnya, bila petang hari dia menjual buah2 tamar itu untuk iftoor/iftarnya, kiranyaia mendapati buah tamar itu paling jelek/buruk maka dia menyimpannya untuk iftarnya.
[SIFAH AS-SOFWAH, jilid 3, halaman 48].

[b] Maka tatkala 'Umar bin Al-Khottoob r.a. diangkat (menjadi kholiifah), bila sampaimusim haji, beliau r.a. berkata ...(mafhumnya)......:
Wahai manusia. berdirilah kalian !
Tambah beliau r.a. lagi...(mafhumnya)...: Duduklah kalian kecuali mereka yang datang dariYaman !
Maka (mereka yang datang dari selain Yaman) pun duduk.
Tambah beliau r.a. lagi....(mafhumnya)..: Duduklah kalian kecuali mereka yang datang dariMurood !
Maka (mereka yang datang dari selain Murood) pun duduk.
Tambah beliau r.a. lagi...(mafhumnya)...: Duduklah kalian kecuali mereka yang datang dariQoron !
Maka (mereka yang datang selain dari Qoron) pun duduk dan yang tinggal berdiri hanyalahseorang lelaki, dan lelaki ini adalah bapa saudara kepada
Uwais Al-Qoroniyy rah.a.
Maka 'Umar r.a. pun bertanya kepadanya (mafhumnya).. : Apakah engkau seorang Qoroniyy(iaitu berasal dari Qoron) ?
Jawab lelaki itu.... : Na'am (ya).
Tanya 'Umar r.a. lagi ...(mafhumnya)...: Adakah engkau mengenali Uwais ?
Jawab lelaki itu (mafhumnya): Dan mengapa tuan bertanya tentang itu wahai AmiirolMu`miniin ? Maka demi Allaah, tidak ada seorang pun di
kalangan kami seorang yang lebih bodoh (ahmaq) dan lebih tidak siuman/ gila (ajann) danlebih berhajat(lebih membutuhkan/lebih miskin) daripada dia !

Maka menangislah 'Umar r.a. (setelah mendengar penerangan lelaki itu). Kemudian beliaur.a. pun berkata ...(mafhumnya)...: Dengan engkau, tidak
dengannya ! Aku telah mendengar Rasuulullaah saw bersabda (mafhumnya) : Dia memasukisyurga menerusi syafaa'at beliau seperti Robii'ah dan Mudhor.

Telah berkata Harim bin Hayyaan rah.a. (mafhumnya): Maka tatkala telah sampai kepadakuberita itu (berita di atas), maka aku pun pergi bersafar menuju Al-Kuufah. Maksudku ke Al-Kuufah ini tidak lain dan tidak bukan melainkan semata2 kerana kerisauanku untukmencarinya (mencari Uwais rah.a.). Sehinggalah aku telah sampai ke tebing SungaiAl-Furoot, ketika itu sudah tengahari, aku dapati dia sedang duduk berwudhu` ditepi sungaiitu.


Aku telah mengenalinya kerana (memerhatikan) sifatnya yang mana telah diceritakankepadaku. Iaitu ia adalah seorang lelaki yang kurus kerempeng (nahiil) lagi berkulit sawomatang (hitam2 manis), rambutnya kusut gemusut paling tidak terurus, ditakuti biladipandang. Maka aku pun telah memberikan salam kepadanya dan dia pun telah menjawabsalamku sambil melihat kepadaku. Aku telah menghulurkan tanganku kepadanya untuk berjabattangan (bermusoofahah) dengannya, tetapi dia menolak untuk bermusoofahah denganku. Makaaku pun berkata kepadanya (mafhumnya) : Semoga Allaah swt merahmatimu wahai Uwais ! Dansemoga Dia swt mengampunimu ! Bagaimana saudara ?


Dan aku pun menangis tersedu2 lantaran cintaku terhadapnya dan lantaran simpatikuterhadapnya bilamana aku telah melihat akan perihal keadaannya itu. Dan dia pun menangissama.

Lalu Uwais rah.a. berkata...(mafhumnya)...: Dan engkau, semoga Allaah swt menghidupkanengkau, wahai Harim bin Hayyaan ! Bagaimana engkau wahai saudaraku ! Siapakah yang telahmenunjukkan engkau sehingga dapat bertemu denganku ?

Aku (ya'nii Harim bin Hayyaan) menjawab ...: Allaah.
Kata Uwais rah.a. lagi ..(mafhumnya)...: Laa Ilaaha Illallaah. Subhaana Robbinaa in kaanaawa'du Robbinaa lamaf'uuulan (ertinya kira2: Tiada tuhan kecuali Allaah. Maha Suci Tuhankami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dilaksanakan) [Al-Isroo`, ayat 108].

Aku bertanya lagi...(mafhumnya)...: Dan dari manakah engkau telah mengetahui akan namakudan nama ayahku, sedangkan aku sebelum hari ini tidak pernah melihatmu dan engkau jugabelum pernah melihatku ?
Jawab Uwais rah.a....(mafhumnya)...: Al-'Aliim Al- Khobiir (Yang Maha 'Alim Lagi Maha Tahuakan khabar) lah yang telah memberitahuku. Ruhku telah
mengenal akan ruhmu tatkala diriku telah berkata2 dengan dirimu. Sesungguhnya orang2mu`miniin itu saling mengenali antara satu sama lain dan saling berkasih2 sayang denganrohmat Allaah 'Azza Wa Jalla walau pun mereka tidak bertemu. Kiranya kita mendatangimereka di rumah mereka maka terbahagilah dengan mereka akan manaazil
(tempat2 istirohat/penginapan buat musaafir/para tamu)(maksudnya mereka akan menyediakantempat2 beristirohat dan penginapan untuk para tamu dan para musaafir).

Aku menambah lagi...(mafhumnya)...: Ceritakan kepadaku tentang Rasuulullaah saw !
Jawab Uwais rah.a....(mafhumnya)...: Sesungguhnya aku tidak sempat beridrook denganRasuulullaah saw (ya'nii tak sempat bersama, bertemu mahupun melihat Rasuulullaah saw).Dan sesungguhnya aku memang tidak sempat bersahabat dengan Rasuulullaah saw, akan tetapisesungguhnya aku telah melihat akan seorang lelaki yang mana sesungguhnya mereka itumelihatnya, dan bukanlah aku suka untuk
membuka atas diriku akan bab ini, bahawa aku adalah seorang muhaddith atau seorang qoodhiatau pun seorang mufti, pada/terhadap diriku adalah suatu kelalaian/kealpaan (daripada)orang ramai.

Aku berkata lagi.....(mafhumnya)...: Ya saudaraku, bacakanlah atasku akan ayat2 daripadaKitab Allaah 'Azza wa Jalla, aku akan mendengarnya daripadamu ! Dan wasiatlah kepadakudengan suatu wasiat yang dapat aku memeliharanya daripadamu ! Maka sesungguhnya akumenyintaimu kerana Allaah swt.

Maka dia (Uwais rah.a.) pun memegang tanganku dan berkata (mafhumnya) : A'uuzubillaahiminasysyaitoonirrojiim. Telah berfirman Tuhanku, dan sebenar2 qoul/ucapan adalahqoul/ucapan/ kata2/firman Tuhanku 'Azza wa Jalla, dan sebenar2 hadiith adalah hadiithTuhanku 'Azza wa Jalla.
Kemudian dia (Uwais rah.a.) pun membaca Al- Quraan ...(mafhumnya)...:
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya denganbermain2. Tidak Kami menciptakan keduanya melainkan
dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya Hari Keputusan (HariQiyaamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi
mereka semua. Iaitu hari yang seorang maulan (seorang yang karib) tidak dapat memberimanfa'at kepada karibnya/maulannya, dan mereka tidak
akan ditolong. Kecuali orang yang diberi rohmat oleh Allaah. Sesungguhnya Dialah Yang MahaPerkasa lagi Maha Penyayang. [Ad-Dukhoon, ayat 38-42]

Kemudian dia rah.a pun menarik nafas dengan tersedu-sedan dan terisak2, aku pun terusmemerhatikannya, dan aku menyangka bahawa sesungguhnya dia telah jatuh pingsan.
Kemudian dia rah.a. pun berkata ...(mafhumnya)....: Wahai Harim bin Hayyaan, ayahmuHayyaan telah mati, dan engkau pun hampir akan mati, jadi wa immaa ke syurga wa immaa keneraka. Dan telah wafat juga ayahmu Aadam a.s. dan telah wafat juga ibumu Hawaa` a.s., dantelah wafat juga Nuuh Nabiyyullaah a.s, dan telah wafat juga Ibroohiim
Kholiilullaah a.s., dan telah wafat juga Muusaa Najiyyullaah a.s., dan telah wafat jugaDaawuud Kholiifaturrahmaan, dan telah wafat juga Muhammad saw, dan atas segala Anbiyaa`a.s., dan telah wafat juga Abuu Bakar Kholiifah Rasuulillaah saw, dan telah wafat jugasaudaraku dan kawanku 'Umar bin Al-Khottoob r.a.

Aku berkata lagi....(mafhumnya)..: Semoga Allaah swt merohmatimu, sesungguhnya 'Umar tidakwafat lagi !
Jawab Uwais rah.a. (mafhumnya)...: Bahkan, sesungguhnya Tuhanku 'Azza wa Jalla telahmengkhabarkan akan pemberitahuan tentang kewafatannya kepadaku, dan Dia telahmengkhabarkan pemberitahuan kematian kepada diriku, dan aku dan engkau adalah di dalamkalangan orang2 yang mati !

Kemudian dia (Uwais rah.a.) pun bersolawat ke atas Nabi saw dan berdo'a dengan do'a2 yangringan. Kemudian dia menambah lagi...
...(mafhumnya)...:
Ini adalah wasiatku terhadapmu !
(i) Kitaabullaah !
(ii) Dan pemberitahuan kematian/kewafatan para Mursaliin a.s dan juga pemberitahuankematian para soolihiin di kalangan mu`miniin !
(iii) Maka mestilah engkau ingat mati (zikrul maut) dan jangan sampai ingat mati (zikrulmaut) ini terpisah daripada hatimu walau pun buat sekelip
mata sahaja !
(iv) Dan berilah peringatan kepada qaummu bilamana engkau telah kembali kepada mereka (waanzir qoumaka izaa roja'ta ilaihim) !
(v) Dan berilah nasihat kepada ummat ini seluruhnya (wa insoh lil ummati jamii'an) !
(vi) Dan berhati2lah jangan sampai engkau berpisah/terpisah daripada al-jamaa'ah keranajika berlaku demikian berma'na engkau telah
berpisah/terpisah daripada agama engkau (diin engkau) sedangkan engkau tidak mengetahuidan masuk nerakalah engkau !
(vii) Dan berdoalah untukku dan juga untuk dirimu !


Kemudian dia (Uwais rah.a.) berkata lagi...(mafhumnya).:
Ya Allaah, sesungguhnya ini (ya'nii lelaki ini) telah berkata bahawa sesungguhnya diamenyintaiku semata2 keranaMu dan dia telah pun menziarahiku keranaMu, maka perkenalkanlahaku akan wajahnya di dalam syurga (fa 'arrifnii wajhahuu fil jannah !) dan masukkanlah iake dalam rumahMu, Daarissalaam (wa adkhilhuu 'alaa daarika daarissalaam !) dan peliharalahdia selagi dia masih hidup (wahfazhuu maadaama hayyan !) dan jadikanlah dia ridhoodaripada dunia ini dengan
yang sedikit/al-yasiir (wa ardhihii minaddunyaa bilyasiir !) Dan jadikanlah dia dengan apayang Engkau telah anugerahkan kepadanya daripada ni'mat2Mu di kalangan orang2 yangbersyukur (waj'alhuu limaa a'toitahuu min ni'amika minasysyaakiriin !) Dan balaskannyadaripada ku sebagai kebaikan ( wajzihii 'annii khoiran !).

Kemudian dia (Uwais rah.a.) berkata lagi ...(mafhumnya)...:
Assalaamu'alaika warohmatullaahi wa barokaatuh !

Aku tidak melihat engkau lagi selepas hari ini insyaaAllaah Ta'aalaa, semoga Allaah swtmerohmatimu, maka sesungguhnya aku ini benci
akan kemasyhuran/syuhroh/famousness/ reputation ! Dan duduk bersendirian (menyendiri ataumengasingkan diri daripada kesibukan orang ramai) itu adalah lebih aku cintai, keranasesungguhnya kerisauanku menjadi banyak/ bertambah bilamana aku berada atau duduk
bersama manusia ramai itu.Maka janganlah engkau bertanya tentangku lagi dan janganlahengkau mencari aku lagi ! Dan ketahuilah bahawasanya engkau daripadaku adalah di atasperhatian walaupun kiranya aku tidak melihatmu/bertemumu lagi dan engkau pun tidakmelihatku/bertemuku lagi. Dan ingatilah aku dan berdoalah untukku maka seseungguhnya akutetap berdo'a untukmu dan aku tetap mengingatimu insyaAllaah, maka
berangkatlah/beredarlah engkau di sini dan aku pun beredar dari sini juga.

Maka aku (iaitu Harim bin Hayyaan rah.a.) tersangat ingin untuk berjalan bersama2nyaseketika, tetapi dia telah enggan menerimaku, maka aku berpisah daripadanya dalam keadaanaku menangis dan dia pun menangis. Aku tetap memandangnya dari jauh sehinggalah diamenghilang masuk ke sebahagian jalan2 yang mati. Bagaimana pun (oleh kerana keinginankusangat tinggi untuk bertemu lagi dengan dia rah.a.), maka selepas itu pun aku tetapbertanyakan orang tentang dia dan aku tetap mencarinya, tetapi aku tidak mendapati seorangpun yang mampu memberitahuku sesuatu mengenai dirinya. Dan setiap kali datang Jumu'at makaaku tetap bermimpi berjumpa dengan dia sama ada sekali atau pun dua kali.

Begitulah terjemahan kasar dari SIFAH AS- SOFWAH, oleh Al-Imaam Al-'Aalim JamaaluddiinAbil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., jilid 3, halaman 48 - 52, Daarul Ma'rifah, Beiruut,Lubnaan.

Seperti sebelumnya juga terlalu banyak kesimpulan dan pengajaran yang dapat diambildaripada keterangan di atas. Antara lain:

[1] Pada pandangan masyarakat atau orang ramai, seseorang itu mungkin dianggap palingbodoh, tidak berguna malah tidak siuman dan lain2 lagi,
tetapi pada pada Allaah swt dan ahli langit dia adalah termasuk golongan muqorrobiin(mereka yang dekat dengan Allaah swt). Inilah yang terjadi pada Uwais Al-Qoroniyy rah.a.Tetapi kepada orang yang mengenal antara ma'nikam dan kaca, seperti 'Umar r.a., tidaktertipu dengan pandangan
dan nilai2 zohiriah, kerana keyaqinannya kepada sabdaan2 Baginda saw begitu termantapsekali.

[2] Haris bin Hayyaan rah.a. sanggup berjalan (bersafar) kerana ingin bertemu dan bergaulserta mendapat nasihat daripada Uwais rah.a.
Contoh seperti ini telah dilalui oleh Nabi Muusaa 'a.s., di mana beliau telah bersafarkerana ingin bertemu dan mengambil munaafa'at daripada Nabi Khidhir 'a.s. Sebenarnyabanyak sekali hadith2 yang menggalakkan dan menganjurkan kita untuk mengembara/bersafaratas maqsud untuk bergaul dan bersahabat/belajar dengan para soolihiin dan para 'ulamaa`serta mendapat tempias kebaikan mereka. Pernah kah kita berbuat demikian ? Kalau pernahdan biasa, alhamdulillaah, dan teruskan. Tapi kalau belum pernah, kenalah mengatur langkahke arah itu.
Dan sebenarnya duduk bersama (bermujaalasah) dengan para soolihhiin itu adalah salah satucara untuk merawat hati kita yang gelap zulumaat ini.
Hal ini telah dijelaskan oleh Yahyaa bin Mu'aaz bin Ja'far Ar-Rooziyy rah.a. Berikutadalah keterangan beliau rah.a. itu.
Al-Hasan bin 'Alawiah rah.a. berkata : Aku telah mendengar Yahyaa bin Mu'aaz rah.a.menerangkan .....(mafhumnya)...: Ubat hati itu ada 5 perkara,
(i) Membaca Al-Quraan dengan tafakkur
(ii) Perut yang kosong
(iii) Qiyaamullail
(iv) Bertadhorru' ketika waktu sahur (waktu sebelum subuh).
(v) Mujaalasatussoolihiin (duduk bersama para soolihiin, duduk dalam majlis mereka danbergaul serta mendampingi mereka).
[SIFAH AS-SOFWAH, jilid 4, halaman 92].
Jelaslah bahawa 'amalan Haris bin Hayyaan rah.a. itu benar2 atas jalan mensucikan jiwa danruhani dalam menuju kepada Allaah swt.

[3] Antara sifat orang2 mu`miiniin itu adalah mereka saling 'aarif/mengenali antara satudengan yang lain, saling berkasih sayang dengan rouhillaah atau rahmat Allaah swt(yatahaabbuuna bi rouhillaahi 'Azza waJalla), walau pun mereka tidak pernah salingbertemu, lebih2 lagilah kalau bertemu, dan jika mampu menyediakan tempat2istiroohat/penginapan bagi para tamu. Apa dah jadi pada " MU`MINIIN " hari ini ?Sama2lah kita memikirkannya.

[4] Perhubungan keruhanian antara orang2 mu`miniin lagi muqorrobiin adalah sangatmendalam. Bukan sekadar perhubungan biasa.
Lihatlah bagaimana setiap datangnya Jumu'at,
Harim Bin Hayyaan rah.a. terus bermimpi berjumpa dengan Uwais rah.a.

[5] Tidak menyukai kemasyhuran/famousness/ reputation/syuhroh duniawiyyah adalah sifatyang sangat terpuji dan perlu diushakan oleh setiap orang.

[6] Mari kita suburhidupkan semula nasihat2 Uwais rah.a. kepada Harim bin Hayyaan rah.a.Antara lain :

(i) (BERPEGANGLAH DENGAN) KITAABULLAAH !
Apa pun yang kita hendak lakukan, nah kitaabullaahlah sebagai pegangan danrujukan/penyemak buat kita. Sejauh manakah realiti perkara ini dalam kehidupan harian kita? Sama2lah kita menjawabnya.....

(ii) MAKA MESTILAH ENGKAU INGAT MATI (ZIKRUL MAUT) DAN JANGAN SAMPAI INGAT MATI (ZIKRULMAUT) INI TERPISAH DARIPADA HATIMU WALAU PUN BUAT SEKELIP MATA SAHAJA !
Mari kita muhaasabah pada diri kita sendiri...........
Nasihat ini tersangat tinggi.... ini berma'na bila kita bangun tidur kena ingat mati, masamemandu ke kantur pun kena ingat mati, masa berada di atas
kerusi di kantur pun kena ingat mati, masa menyampaikan kuliah pun kena ingat mati, semasamembaca buku teks Mechanics Of Materials
(umpamanya) pun kena ingat mati, pulang ke rumah lagi pun kena ingat mati, bersamaisteri/suami yang dicintai dan anak2 yang disayangi pun kena ingat mati, tengok TV punkena ingat mati, nak tidur pun kena ingat mati,
(masa tidur bagaimana ? ya, kalau mampu ingat mati, tetapi waktu tidur ni mata takberkelip kot.......Wallaahu a'lam, tapi Rasuulullaah saw walau pun matanya pejam/tidurhatinya tetap jaga.....)....dsbnya.....dsbnya.
Sejauh manakah realiti ini ada pada diri kita ? Yang terlebih parah dan mendahsyatkanialah dalam solat pun kita lupa Allaah swt, lupa untuk mati,
yang kita ingat dunia...dunia....dunia....!!!

(iii) DAN BERILAH PERINGATAN KEPADA QAUMMU BILAMANA ENGKAU TELAH KEMBALI KEPADA MEREKA (WAANZIR QOUMAKA IZAA ROJA'TA ILAIHIM !)
Nah inilah kerja2 maqoomi/tempatan kita. Sesiapa yang tinggal di Taman Pulai Utama tumithalnya, tentulah qoumnya itu mereka yang tinggal di
taman itu. Warga UTM, khasnya warga FKA kita, begitu pun para pelajar semuanya itu adalahqoum kita . Dan kalau kita ni seorang Jawa yang berasal sari Tanjung Karang dan tinggal diJB ini, bila pulang ke sana nanti kenalah melaksanakan kerja2 memberi peringatan kepadaqaumnya itu. Ringkasnya tentulah kena buat kerja DA'WAH ILALLAAH (menyeru manusia kepadaAllaah swt). Bercakap memang senang. Tetapi sejauh manakah realiti kerja2 peringatan danberjaulah kepada qoum kita telah kita jalankan ? Sama2lah kita muhaasabah akan diri kitasendiri....... Sehubungan dengan ini lihat juga RF 13 (MARI BERJAULAH......).

(iv) DAN BERILAH NASIHAT KEPADA UMMAT INI SELURUHNYA (WA INSOH LIL UMMATI JAMII'AN) !
Sebenarnya kalau kita benar2 meneliti dan mengkaji, nasihat2 dan pesan2 para soolihiin itumemang selari dengan kehendak2 Kitaabullaah dan As-Sunnah. Mithalnya nasihat Uwais rah.a.ini, sepertimana antum lebih ma'lum, tentulah selari dengan hadith Bagindasaw...(mafhumnya) : Agama
(ad-diin) itu adalah nasihat. Jadi kesimpulannya, selagi kita mahu menjadikan ad-diinsebagai teras dan cara hidup kita, selagi itulah kita kena suburkan usaha memberi nasihatini. Dan kita kena juga bersedia dan merendahkan diri bila diberikan nasihat kepada kita.Apatah lagi kalau semasa diberikan nasihat itu, ayat2 Al-Quraan dibacakan, hadith2 Nabisaw disebutkan, kehidupan para sahabat r.a. dan kehidupan para soolihiin
diceritakan dan sebagainya. Jangan sedikit pun kita cuba mempermainkan orang yangmemberikan nasihat itu (walau pun dengan hati sahaja), kerana itu bererti mempermainkanagama (ad-diin). Kita mesti menyintai orang yang memberikan nasihat itu walau ia seorangkanak2.

[v] DAN BERHATI2LAH JANGAN SAMPAI ENGKAU BERPISAH/TERPISAH DARIPADA AL-JAMAA'AH KERANAJIKA BERLAKU DEMIKIAN BERMA'NA ENGKAU TELAH BERPISAH/TERPISAH DARIPADA AGAMA ENGKAU (DIINENGKAU) SEDANGKAN ENGKAU TIDAK MENGETAHUI DAN MASUK NERAKALAH ENGKAU !
Huraian lanjut mengenai nasihat Uwais rah.a. ini adalah berkait rapat dan selari denganpenjelasan dan hadith2 dalam RF 37, RF 38, RF 39, RF 40,
RF 41, RF 42, RF 43, dan RF 44. Sekurang2nya rujuk sajalah RF 37, RF 39 dan RF 44.Lantaran itu saya tidak huraikan lagi di sini.

[vi] 'Amalan saling do'a mendoakan antara kita sangatlah dianjurkan....... sampai akhirhayat. Apatah lagi kalau do'a itu adalah bizohrilghoib (do'a yang mana orang yangdido'akan itu tidak mengetahui bahawa dia dido'a oleh yang berdo'a). Walau pun hanyaSEKALI bertemu dengan Harim bin Hayyaan rah.a., namun Uwais rah.a. tetap bekata(mafhumnya) : DAN KETAHUILAH BAHAWASANYA ENGKAU DARIPADAKU ADALAH DI ATAS PERHATIAN WALAUPUN KIRANYA AKU TIDAK MELIHATMU/BERTEMUMU LAGI DAN ENGKAU PUN TIDAK MELIHATKU/BERTEMUKULAGI. DAN INGATILAH AKU DAN BERDO'ALAH UNTUKKU MAKA SESUNGGUHNYA AKU TETAP BERDO'A UNTUKMUDAN AKU TETAP MENGINGATIMU INSYAALAAH.
Begitulah indahnya Islam ! Begitulah indahnya persahabatan kerana Allaah swt ! Walaupunhanya SEKALI BERTEMU namun berpanjangan sampai ke akhirat ! Bagaimana pula dengan kitayang saling bertemu setiap hari ni ? Dan bagaimana pula hubungan/do'a kita dengan pelajar2yang mana setiap minggu kita bertemu dan berhadapan dengan mereka ? Adakah kita pernahmembuat do'a yang khusus untuk mereka ? Dan semoga pelajar2 yang membaca RF ini (atau punyang tidak membacanya) berdo'a juga untuk pensyarah2 mereka. Dan semoga antara kita (paranetters) juga saling mendo'akan !
Antara saduran do'a Uwais rah.a. (berdasarkan riwayat di atas) yang perlu disuburhidupkanantara kita/keluarga kita/anak2 kita/ saudara mara kita/ dan semua ummat Rasuulullaah sawadalah seperti berikut :

ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHAHUU FIL JANNAH,
WA ADKHILHUU 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHUU MAADAAMA HAYYAN,
WA ARDHIHII MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHUU LIMAA A'TOITAHUU MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHII 'ANNII KHOIRAN !!!
[Pengertiannya: sila lihat dalam keterangan/riwayat di atas].

Begitu cantik dan istimewa sekali pengertiannya. Mari kita sama2 menghafaz doa ini danterus kita amalkan untuk anak2 kita/keluarga/kawan2/dll. Cuma kalau yang didoakan tulelaki/single/mufrod, lafaz doa itu tidak berubah, tetap seperti di atas. Kalau yangdidoakan itu perempuan/single, maka HUU (atau HU) dan HII (atau HI) digantikan dengan HAA,sementara MAADAAMA digantikan dengan MAADAAMAT dan HAYYAN pula digantikan dengan HAYYAH.
Dan boleh juga kita sebut nama anak lelaki kita (mithalnya) pada HUU (atau HU) yang mula2sekali, lepas itu semuanya kita gunakan gantinamanya
HUU/HII (atau HU/HI). Sebagai contoh, kalau anak kita bernama ISMAA'IIL, do'anya bolehbegini.....

ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHA ISMAA'IIL(A) FIL JANNAH,
WA ADKHILHUU 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHUU MAADAAMA HAYYAN,
WA ARDHIHII MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHUU LIMAA A'TOITAHUU MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHII 'ANNII KHOIRAN !!!

Kalau anak kita itu seorang perempuan, katakan 'UFAIRAH namanya, bolehlah berdo'abegini......

ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHA 'UFAIRAH ('UFAIRATA) FIL JANNAH,
WA ADKHILHAA 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHAA MAADAAMAT HAYYAH,
WA ARDHIHAA MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHAA LIMAA A'TOITAHAA MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHAA 'ANNII KHOIRAN !!!

Dan dengan rendah diri saya (penghantar RF ini) juga memohon kepada semua pembaca RF iniagar berdoa kepada Allaah swt semoga Dia
mengampunkan dosa2 saya dan merahmati saya. Saya juga insyaAllaah akan berdoa untuk antumsemua. Dan jangan lupa juga dalam do'a kita itu dirangkumi untuk sekelianmu`miniin/mu`minaat dan muslimiin/muslimaat, di mana pun mereka berada, sama ada didaratan (fil barri) atau di lautan (fil bahri) atau di udara (fil jawwi), mahupun di bumimahupun di langit mahupun di antara keduanya.
Dan banyak lagi kesimpulan2/pengajaran2 yang dapat kita ambil.
Dah terlalu panjang pulak saya bercakap......
Ma'af jua dipinta. Wallaahu a'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

Mari Suburkan Kalimah2 Arab (Masuka) :
[1] SYUHROH : kemasyhuran, repute, reputation, renown, fame, famousness, celebrity.
[2] AHMAQ : bodoh/dungu, lebih bodoh/dungu.
[3] AJANN : gila / tidak siuman, lebih gila/tidak siuman.
[4] AHWAJ : berhajat/miskin, lebih berhajat/miskin.
[5] NAHIIL : kurus kerempeng.
[6] MAULAN : seorang yang karib.

 

©Cynari Creation 2001