UWAIS AL-QORONIYY RAH.A. (BHG 4).

Mari kita teruskan untuk bersama Uwais rah.a.........
(a) Bilakah KAWAN menjadi LAWAN ?
(b) Sumpah Uwais rah.a. untuk bangkit dengan kerja2/usha2 agama di tengah masyarakat ramai biar sekali pun ramai yang menentang !!!

(Perawi, seperti dalam RF 158) telah berkata : Maka telah datang seorang lelaki kepada Uwais rah.a. lalu bertanyakannya...(mafhumnya)..:
Bagaimana engkau berpagi2 hari (ya'nii bagaimana perihalmu di pagi hari) ?
Atau bagaimana perihalmu di petang hari ?
Jawab Uwais rah.a...(mafhumnya)...:
" Daku berpagi2 hari dalam keadaan daku menyintai Allaah swt, dan daku berpetang2 hari pula dalam keadaan daku bertahmiid kepada Allaah swt, dan (daku berpagi2 dan berpetang2 hari) dalam keadaan apa yang engkau bertanyakan perihal seorang lelaki yang apabila dia menganggap dirinya bila berada pada waktu pagi nescaya tak sempat nak berpetang hari dan bila berada pada petang hari tak sempat pula nak berpagi hari. SESUNGGUHNYA MAUT ITU DAN ZIKRUL MAUT (INGAT MATI) ITU TELAH TIDAK MEBIARKAN SESEORANG MU`MIN ITU BERADA DALAM KEADAAN GEMBIRA ATAU SUKA RIA (FAROHAN). DAN SESUNGGUHNYA HAQ ALLAAH SWT PADA HARTA MUSLIM ITU TELAH TIDAK MEMBIARKAN BAGINYA DARIPADA HARTANYA ITU SEBAGAI PERAK DAN TIDAK JUGA SEBAGAI EMAS. DAN SESUNGGUHNYA 'AMALAN AMAR MA'RUUF (MENYURUH BERBUAT BAIK) DAN NAHI MUNGKAR (MENCEGAH KEMUNGKARAN) ITU TELAH TIDAK MEMBIARKAN BAGI MU`MIN ITU SEORANG KAWAN PUN, KITA MENYURUH MEREKA BERBUAT BAIK/MA'RUUF LALU MEREKA PULA MERASA GEMBIRA (KIRANYA) BENCANA2 MENIMPA TUBUH BADAN DAN KEHORMATAN (A'ROODH) KITA, (KALAU BEGITULAH SIFAT MEREKA) TENTULAH MEREKA DAPATI BAHAWA MEREKA MENJADI PEMBANTU2 (A'WAAN) DARIPADA GOLONGAN FAASIQIIN (ORANG2 FAASIQ), SEHINGGA DEMI ALLAAH SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MELEMPARKAN/MENGENAKAN TERHADAPKU DENGAN BERBAGAI2 BENCANA/KERUMITAN/ KESUKARAN ('AZOOIM), DAN DEMI ALLAAH AKU TIDAK AKAN MENINGGALKAN 'AMALAN UNTUK BANGUN/BANGKIT KERANA ALLAAH SWT DI TENGAH2 MEREKA DENGAN DENGAN HAQNYA ".
Kemudian beliau pun berlalu.

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp SIFAH AS- SOFWAH, jilid 3, halaman 53 dan 54.

Mari kita membaca berulang2 dan dengan penuh kefahaman akan keterangan Uwais rah.a di atas. Tentu banyak kesimpulan/pengajaran yang dapat kita perolehi, antara lain:
[1] Mulakan hari dengan menyintai Allaah swt, bertahmiidlah kepadaNya pagi dan petang. Zikrul maut (ingat mati) perlulah disuburkan sentiasa.
[2] Antara tanda bahawa zikrul maut (ingat mati) itu telah dihayati oleh seseorang ialah dia tidak lagi bersuka ria dan bergembira. Malah banyak sedih dan risau kerana memikirkan akan perkara2/tahap2 yang akan dilaluinya, sama ada dari segi persediaan menghadapi maut, atau kedahsyatan sakaroot/naza', atau nasibnya di dalam qubur dan tahap2 seterusnya.
[3] Antara tanda bahawa seseorang muslim itu telah menunaikan haq Allah swt pada hartanya ialah peratus yang tinggal untuk diri sendiri begitu tersangat kecil. Peratus terbesar telah diinfaaqkan fii sabiilillaah. Sehubungan dengan ini lihatlah Abuu Bakar r.a., 'Abdurrahmaan bin 'Auf r.a., dan lain2 lagi.
[4] Bila seorang mu`min itu mula menjalankan 'amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar, maka pada 'amnya KAWAN akan menjadi LAWAN. Malah mengikut keterangan Uwais rah.a itu, tidak seorang pun akan menjadi kawan. Mereka yang disuruh/diajak untuk berbuat ma'ruuf itu malah akan bergembira kiranya sipengajak/sipenyuruh/ sipenyeru itu terpaksa menghadapi (atau menerima) segala bentuk rintangan/cabaran/ kerumitan/ cemuhan/celaan dsbnya. Dan mereka ini, mengikut Uwais rah.a., adalah pembantu2 daripada golongan faasiqiin (orang2 yang faasiq).

Nah nampaknya kalau tak sanggup BERLAWAN dengan KAWAN, tak bisalah berbuat 'amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar !!!
Kalau tak bisa beramar ma'ruuf dan bernahi mungkar, itu satu hal lah, tapi yang terlebih parah lagi kot2 termasuk golongan yang menjadi pembantu2 para faasiqiin. Na'uuzubillaahi min zaalik !
Apa kata antum yang budiman ?
Doakan untuk saya.
Semoga Allaah swt memberkati kehidupan antum !

Wallaahu a'lam.
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

Masuka....
[1] 'IRDH/'IRDHUN, kata jama'nya A'ROODH.
Antara ma'nanya adalah
(a) tabi'at, perangai yang baik lagi terpuji.
(b) kehormatan, SYAROF.
(c) jiwa, NAFS.
(d) jasad, tubuh, badan, JASAD.
(e) bau badan, ROOIHATUL JASAD.
(f) pori2 badan, MASAAMMUL JASAD.
(g) tepi lembah, JAANIBUL WAADII.
(h) tepi negeri/kota, JAANIBUL BALAD.
[2] A'WAAN : pembantu2, penolong2.
[3] FAASIQ, kata jama'nya FAASIQUUN/FAASIQIIN : orang faasiq/fasik,
orang yang keluar daripada jalan yang haq serta keluar daripada jalan kesolihan, orang yang berbuat cabul, orang yang hidup dalam kemesuman dan dosa, orang yang sesat/kufur.
[4] FASAQO BIL MARAH : dia telah berzina dengan perempuan itu.

©Cynari Creation 2001