Temuduga Terbuka

Perhatian : Temuduga Terbuka!!

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)

**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**

1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda .Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut  kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

"SEMOGA BERJAYA"

"SELAMAT MENJAWAB"

Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita menjawabnya .Marilah bersama-sama kita bersedia ,menambahkan amal kita,moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.

Wassalam.....

©Cynari Creation 2001