Secebis Kisah

Secebis Kisah..Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un 

11hbMei 2001

INNALILLAHI WAINNAALLILLAHI RAAJIUUN??. 

Ucapan takziah bersertakan doa agar dicucuri dengan RahmatNya dan RahimNya keatas Allayarham Mohd Taufik Bin Mohd Akhir yang telah meninggal dunia dan adiknya Mohd Firdaus yang cedera parah akibat dikelar olih ibunya sendiri didoakan moga segera sembuh Mengapa ya? Berlaku demikian! satu tanda tanya yang berada dihadapan kita,tidak terjawab olih sesiapa melainkan Allah Yang Maha Mengetahui .Dalam soal ini tiada siapa yang layak dihukum dan menghukum. Apakah seorang ibu ,bekas siswazah Syarie 1991-1994 UM peranakan Bumi Kenyalang Sarawak bertindak ganas sedemikian rupa?

Untuk melepasi Sarjana Muda Syarie perlulah beliau merujuk Quraan dan hadis sebagai pembimbing dan menghafal beberapa ratus ayat Quraan dan hadis untuk mendalami Hukum Hukum Syariat Allah SWT beberapa nota dan teks perlu disediakan; bagi persediaan beliau untuk melewati peperiksaan sarjana yang kian menghampiri tetapi malang baginya harapan berubah menjadi gelap dihadapan nya segala nota dan teks telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran diasrama Universiti Malaya tahun 1994. Disini lah detik bermula kekusutan walaupun diterima dengan penuh redza Pulangnya dengan berbekal kehampaan, kandas tengah jalan . 

Dia bertemu juduh dengan seorang pendidik asal usul nya dari Utara Semenanjung (Perlis) Mohd Akhir B Bakar namanya,menumpang kasih ketika diperantauan, bertandang mendapat berkat, justeru diijabkabul.Bertandang ke Perlis dengan harapan lagi untuk membina Istana Bahagia tapi malang baginya , tanpa direstui mertua nya. Maka hiduplah mereka berpindah randah dari sebuah rumah sewa kesebuah yang lain. Dalam mengharungi gelombang hidup susah payah, Allah Maha Kaya telah mengurniakan 4 orang cahaya mata sebagai penyejuk mata, tempat Allah SWT mencurah rezeki pada yang memohon.

Titik hitam kian lama wujud telah membesar dan menompok dalam naluri insan apabila kehidupan dihimpit kemiskinan (bikinan sisuami) Saraan hidup diseleweng,janji manis yang dipadu sebelum nikah dikhianati, ada insan insan yang lain jemputan sisuami memfaraqah jalinan kasih sayang , tanggungjawab tidak lagi terjawab pulangnya dua per tiga malam cukup lewat bagi seorang pendidek. Rumahku Syurgaku bagaikan Neraka tempat singgah menyalinkain baju untuk berubah watak sebagai Pendidik yang dedikasi . Si isteri memohon sedikit wang untuk sarapan pagi bagi mengisi perut anak anak nya yang dikasihinya, lantas sisuami bangun membisu seribu bahasa menjalankan tugas sebagai guru yang berwibawa., tanpa peruntukan wang saku sebagai perbelanjaan kecil kecilan membuat kan hati bertambah resah dan gelisah Untuk menampung sara hidup maka berniagalah siisteri menjual nugget dan kueh mueh diperkarangan sekolah berhampiran mengharap belas ihsan murid murid yang bersimpati. Keberkatan rezeki pencarian isteri telah berjaya disimpan, tetapi malang bagi beliau simpanan nya pun habis dekebas dek suami.

Mana mampu seorang insan yang lemah menahan ujian seperti ini dugaan nya sangat hebat, ibu bapa nya jauh diseberang Laut China untuk mengadu durja melepaskan perasaan, mencurah isi hati yang penuh dengan kesongsangan hidup insan, jauh dari sifat sifat kemulian manusia. Sepak terajang adalah budaya dan kesenian di rumah Di pujuk rayu dengan pukul memukul. Tekanan demi tekanan terpaksa diharungi liku liku hidup nya bertambah sukar, kehidupan makin menyempit,kegelapan menyelubungi hidup nya tidak ada satu cahaya pun berkemungkinan menyinari masa depan nya. Jiwa nya dicengkam dan diancam berterusan tanpa titik noktah!!! 

Rumah terakhir ialah kuarters guru guru dalam kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Salang, Perlis. Suasana dalam sungguh mengharukan peti ais kecil hanya berbekalkan beberapa botol berisi air kosong bahagian lain kosong melopong, dapur nya berasap entah tidak, diletak atas kabinet kecil untuk menyimpan makanan yang juga turut kosong, tilam untuk berbaring melelapkan mata meredakan keletihan; melusuh dan merobek tidak layak seorang pendidik tidur diatas nya keadaan sekeliling tak ubah seperti kongsi pendatang tanpa izin.

 Demi meredakan tekanan beliau menemui pakar Sakit Jiwa Hospital Kangar beberapa kali, mulai disedari rupa rupa nya ada juga yang kasih dan prihatin padanya, khidmat nasihat dan kaunseling telah membina semangat untuk terus hidup seperti manusia biasa, ada tempat mencurah rasa katakan!!! Tapi apa nak buat suasana dalam rumah tidak mengizinkan beliau berfikir panjang ubat mudah tidur atau penenang yang diendorse untuk nya olih pihak hospital ditelan habis , hingga tak sedarkan diri hampir meragut nyawa nya sendiri . Pada 29hb April beliau dimasukkan ke hospital menjalani rawatan sebagai pesakit biasa kerana lebihan dos. Pada 8hb Mei beliau dizin keluar dari wad setelah pertuturan, tingkah laku dan peradaban nya normal seperti orang biasa .

Pulang nya kali ini tidak mengubah sikap suaminya walau sedikit pun malahan berterusan seperti sediakala. Siisteri begitu hampa dan kecewa dalam keadaan demikian , penyakit nya menular semula menyelubungi fikiran yang berkecamuk.

Pagi 9hb setelah dua anak bersekolah bepemergian, salah seorang anaknya telah bangun dan merengek minta sejemput makanan!!! alangkah gelapnya dunia siisteri ketika itu apabila keadaan sekelilingnya kosong tanpa makanan. Sabar adalah skala pada keimanan Kesabaran nya telah tercabar, tidak lagi dapat membezakan yang mana kasih dan yang mana benci pada kehidupan sungguh mengelirukan maka berlakulah penyembelihan keatas Mohd Taufik matinya lumuran darah berlebihan. Kemudian satu hayunan pisau menyinggah dileher Mohd Firdaus menyebabkan dia cedara parah lantas siisteri bangun dan terus lari lari dan lari sejauhmana yang dia dapat melarikan dirinya melepasi deraan hidup yang sentiasa mendakap sanubarinya. Larilah! Larilah! hingga kehujung hujung dunia sekali pun kekecewaan dan kehampaan tetap menghampiri nya.

Demikian lakaran saya yang tak seperti ini mengenang nasib dan masa depan Puan Hamidah Tomik yang penuh tragis dan nostalgia yang akan menghantui perasaan beliau hingga akhir hayat. Ibu mana yang tidak sayang pada anaknya setelah dia berkorban dan bersabung nyawa 50-50 demi melahirkan seorang bayi, fikirkan lah hal ini dan buat lah penilaian jangan lah kita menghukum mengikut nafsu kita dan Allah Yang Maha Hakim. Sekian wallahu'alam 

 /////PPIM-NET ///// 

PPIM: http://www.ppim.org.my 

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (PPIM) melainkan dinyatakan sedemikian.

©Cynari Creation 2001