Mutiara Kata
1) "Apabila berkata kamu
dalam sembahyang 'Amin', sedang Malaikat di langit mengatakan pula, dan bertetapan dua ucapan itu dalam saat yang sama, nescaya Allah akan mengampunkan dosa yang telah lalu." (Sahih Muslim) 2) "Apabila telah bersetubuh salah seorang dari kamu dengan isterinya, kemudian ia akan berbuat lagi, maka hendaklah ia mengambil wudhu' lebih dahulu." (Sahih Muslim) 3) "Apabila bangun seseorang dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya ke dalam tempat air sebelum dibasuh lebih dahulu 3 (tiga) kali, kerana waktu tidur dia tidak tahu dimana tangannya terletak." (Sahih Muslim) 4) "Celakalah tumit yang tidak basah (terkena air wudhu') dengan ancaman api, sempurnakanlah wudhu' kamu." (Sahih Muslim) 5) "Apabila di antara kamu bangun dari tidur hendaklah ia memasukkan air ke hidung 3 (tiga) kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung." (Riwayat Sahih Muslim) 6) "Barangsiapa yang makan tumbuhan yang busuk baunya, janganlah ke masjid kami, kerana Malaikat merasa terganggu juga dengan sesuatu yang mengganggu manusia." (Sahih Muslim) 7) "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah akan menambahkan dengan lanjut umur dan menolak dengan kematian yang tidak baik dan dihindarkan semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan." (Riwayat Abu Ya'ala dari Anas r.a.) 8) "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yg mengetahui, lebih berat di sisi Allah daripada dosanya tiga puluh enam (36) kali penzinaan." (Riwayat Ahmad Attirmidzi & Abdullah bin Handhalah) |
©Cynari Creation 2000