LAILATULQODR
Daripada kitab yangg sama seperti
RF 130 dan RF 131. Halaman 379 - 381. Berikut adalah terjemahan
kasarnya:Dan sesungguhnya telah diriwayatkan drp Muhammad bin
Ka'ab r.a.,katanya (mafhumnya) : Ketika 'Umar Al- Khottoob r.a.
sedang duduk dalam majlis bersama beberapa orang para sahabat
Rasuulullaah s.a.w drp golongan muhaajiriin, mereka membicarakan
tentang Lailatulqodr dan bersama mereka itu ada juga Ibnu 'Abbaas r.a. Maka setiap seorang daripadamereka telah bercakap tentang
Lailatulqodr mengikut apa yg didengarnya. Sedangkan Ibnu 'Abbaas r.a. hanya duduk diam sahaja.Lalu
'Umar r.a. bertanya kepada Ibnu 'Abbaas r.a., "Mengapa engkau wahai Ibnu
'Abbaas diam dan
tidak berbicara ? Berbicaralah dan jangan sampai kemudaan (hadaathah) menghalangengkau drp berbicara !
(maksudnya: Walau
pun engkau masih mudatetapi berbicaralah !)".Maka berkatalah
Ibnu 'Abbaas r.a., "Sesungguhnya Allaah s.w.t. itu adalah
witir dan suka kpd yg witir. Dan sesungguhnya Dia s.w.t. telah
menjadikan dunia ini berpusing/beredar di atas tujuh. Dan Dia
s.w.t telah mencipta rezeqi2 (arzaaq) kita drp tujuh. Dan Dia swt
telah menjadikan di atas kita tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan
di bawah kita tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan laut2 itu tujuh. Dan Dia swt telah menjadikan apa yang diletakkan dalam
sujud drp anggota2 kita tujuh. Dan Dia swt telah mengharamkan
nikah dengan kaum kerabat (al-aqrobiin) tujuh. Dan Dia swt telah
membahagikan mawaarith (harta2 peninggalan simati) di antara
mereka tujuh. Dan Dia swt telah menganugerahkan NabiNya saw akan Al-Mathaani
tujuh. Dan towaaf di Baitullaah tujuh. Dan melontar
jamrah2 (jimaar) tujuh. Maka lantaran itu aku beranggapan bahawa
Lailatulqodr itu, wallaahu a'lam, adalah pada malam yang ke tujuh
dan dua puluh (iaitu malam dua puluh tujuh) drp bulan
Romadhoon".Maka merasa ta'ajjublah 'Umar r.a. (akan
penjelasan Ibnu 'Abbaas r.a. tersebut) dan berkata,:"Wahai qaumku, siapa yang sanggup meriwayatkan seperti riwayatnya Ibnu
'Abbaas r.a. ini ?! ".Telah berkata Ibnu Rojab
r.a,:"Dan drp apa telah meminta petunjuk (memperolehi
petunjuk dan dalil) oleh mereka yang telah mentarjihkan akan
malam yg ke 27 ini adalah ayat-ayat dan 'alamat-'alamat (al-aayaat wa al-'alaamaat) yg telah diriwayatkan tentangnya lama
dan baru (qodiiman wa hadiithan) dan apa yg telah berlaku padanya
drp penerimaan doa (ijaabatudda'awaat)."Adalah Ubaiyy bin
Ka'ab r.a. telah memperolehi dalil atas (perkara) itu dengan
naiknya matahari di mana sobiihahnya (sinarnya yang bersih lagibagus) tanpa ada
syu'aa' (sinar matahari yg biasanya
terpencar dan menyilaukan) pada matahari itu.Dan adalah 'Abdah
bin Abii Lubaabah rah.a. berkata,"Ianya adalah malam yg ke
27. Dan dia telah memperolehi dalil atas (perkara) itu menerusi
perkara-perkara yg yang sesungguhnya telah diujimujarrabnya, dan
juga menerusi bintang-bintang. [Telah mengeluarkannya oleh
Abdurrazzaaq].Dan diriwayatkan drp 'Abdah juga, "Bahawasanya
dia telah merasa air laut pada malam ke 27 tiba-tiba menjadi
segar untuk diminum (tawar/'azbun). [Ini telah diriwayatkan oleh Al-Imaam Ahmad]."Dan diriwayatkan juga bahawa telah towaaf
setengah para salaf pada malam ke 27 di Al-Baitil Al-Haroom, maka
mereka melihat para malaikatdi udara sedang bertowaaf (tooifiin)
di atas kepala orang ramai.Dan telah meriwayatkan Abuu Muusaa Al-Madiiniyy r.a. drp jalan Abuu Asy-Syeikh
Al-Asbihaaniyy dengan
isnaadnya drp Hammaad bin Syu'aib drpseorang lelaki di kalangan mereka, katanya,: Aku telah berada di
as-sawaad, maka tetekala
pada sepuluh akhir Romadhoon aku telah melihat-lihat (mencari)
akan malam lailatulqodr.Lalu seorang lelaki bertanya kepadaku,
"Apa yang engkau lihat-lihat (mencari) tu ?".
Jawabku,"Aku melihat-lihat (mencari) akan lailatulqodr
?" Katanya, "Nanti aku akan mengkhabarkan kpd kamu.
Maka takala adalah malam itu malam yg ke 27 datanglah lelaki itu
dan dia memegang tanganku, dan dia membawaku ke pohon kurma, maka
tiba2 pohon kurma itu meletakkan pelepah2nya (sa'af/su'uuf) di
atas bumi.Maka terang lelaki itu, Tidak kami melihat akan
peristiwa ini (di mana pohon kurma meletakkan pelepah2nya di atas tanah) pada setiap tahunmelainkan pada ini malam
(iaitu malam ke
27).Dan Abuu Muusaa rah.a. menyebut juga,:Bahawasanya seorang
lelaki yg lumpuh telah berdo'a kepada Allaah swt pada malam ke 27
drp bulan Romadhoon, maka ianya telah diberikan/utliqo (iaitu
lalu sembuh drp penyakit lumpuh itu).Dan drp seorang perempuan yg
lumpuh juga drp ahli Basroh telah berdo'a kpd Allaah swt pada
malam ke 27, maka diberikan juga/utliqot (iaitu disembuhkan).Dan
drp seorang lelaki ahli Basroh, adalah ia telah bisu (akhros)
selama 30 tahun, maka telah berdo'alah ia kepada Allaah swt pada
malam ke 27, maka telah sembuhlah lidahnya drp menjadi bisu dan
bisa bercakap.Dan telah menyebut Al-Waziir Abuu Al-Muzoffar bin
Hubairoh rah.a. bahawa beliau telah melihat pada malam ke 27 (dan
adalah malam itu malam Jumu'at) akan sebuah pintu di langit yg
sedang terbuka diatas ka'abah (saamiyyal Ka'bah). Katanya lagi :
Maka aku mengira bahawa ianya adalah di muka al- hujroh an-nabawiyyah. Katanya lagi : Sentiasalah pintu itu terbuka
demikian sehingga aku berpaling ke timur untuk melihat naiknya fajar, maka (selepas
itu) aku berpaling ke pintu itu lagi tetapi
aku telah dapati ianya telah ghaib/hilang.Dan dengan inilah
sesungguhnya telah memperoleh dalil mereka yg telah mentarjihkan
malam Jumu'at fil ifrood. Dan sesungguhnya telah memperoleh dalil/petunjuk segolongan mutaakhkhiriin drp
Al-Quraan bahawa
Lailatulqodr itu adalah malam yg ke 27, drp dua tempat/maudhi' :Maudhi' pertama : Bahawasanya Allaah swt telah menyebutkan
lailatulqodr itu di dalam Surah Al-Qodr pada 3 tempat, dan
lailatulqodr itu huruf2nya adalah 9, dan 9 bila didharobkan
dengan 3 menjadi 27.Maudhi' kedua : Bahawasanya telah berfirman
Allaah swt (SALAAMUN HIYA), maka kalimah HIYA adalah yg ke 27 drp
surah itu. Maka sesungguhnya kalimaatnya (kalimah2nya) adalah 30
kalimah.Dan telah berkata Zirr bin Hubaisy r.a, : Aku memerintah
kalian supaya mandi pada malam yg ke 27.Semoga sama2 kita
mengambil i'tibaar.Wassalaamu'alaikum wrb.,Al-faqiiru ilallaah.16 ROMADHOON1420H.
Masuka..... MIIROOTH : harta warithan, harta peninggalan mayyit, (kata jama'nya:MAWAARITH).MUQ'AD : lumpuhROJULUN MUQ'AD : seorang lelaki yg lumpuh IMROATUN MUQ'ADAH : seorang perempuan yg lumpuh. |
©Cynari Creation 2001