Mari kita terus
berusha mengenali Uwais Al- Qoroniyy rah.a. dan mari kita
menyintainyakerana Allaah swt......
[a] Daripada 'Alaqomah bin Marthid rah.a., katanya
...(mafhumnya)....: Terhenti kezuhudanitu kepada lapan orang,
salah seorang daripada mereka adalah Uwais Al-Qoroniyy rah.a.
Ahlikeluarganya
menganggapnya sebagai seorang yang gila (majnuun), maka lantaran
itu mereka telah membinasebuah rumah atau pondok khusus buat
Uwais rah.a. pada/atas pintu rumah mereka. Masa berlalu
bertahun-tahun walhal seorang pundi antara mereka tidak datang
menunjukkan wajah
(tidak melihatnya). Dan adalah makanannya hanyalah daripada
biji2/buah2 tamar yangdipungutnya, bila petang hari dia menjual
buah2 tamar itu untuk iftoor/iftarnya, kiranyaia mendapati buah
tamar itu paling jelek/buruk maka dia menyimpannya untuk
iftarnya.
[SIFAH AS-SOFWAH, jilid 3, halaman 48].
[b] Maka tatkala 'Umar bin Al-Khottoob r.a. diangkat (menjadi
kholiifah), bila sampaimusim haji, beliau r.a. berkata
...(mafhumnya)......:
Wahai manusia. berdirilah kalian !
Tambah beliau r.a. lagi...(mafhumnya)...: Duduklah kalian kecuali
mereka yang datang dariYaman !
Maka (mereka yang datang dari selain Yaman) pun duduk.
Tambah beliau r.a. lagi....(mafhumnya)..: Duduklah kalian kecuali
mereka yang datang dariMurood !
Maka (mereka yang datang dari selain Murood) pun duduk.
Tambah beliau r.a. lagi...(mafhumnya)...: Duduklah kalian kecuali
mereka yang datang dariQoron !
Maka (mereka yang datang selain dari Qoron) pun duduk dan yang
tinggal berdiri hanyalahseorang lelaki, dan lelaki ini adalah
bapa saudara kepada
Uwais Al-Qoroniyy rah.a.
Maka 'Umar r.a. pun bertanya kepadanya (mafhumnya).. : Apakah
engkau seorang Qoroniyy(iaitu berasal dari Qoron) ?
Jawab lelaki itu.... : Na'am (ya).
Tanya 'Umar r.a. lagi ...(mafhumnya)...: Adakah engkau mengenali
Uwais ?
Jawab lelaki itu (mafhumnya): Dan mengapa tuan bertanya tentang
itu wahai AmiirolMu`miniin ? Maka demi Allaah, tidak ada seorang
pun di
kalangan kami seorang yang lebih bodoh (ahmaq) dan lebih tidak
siuman/ gila (ajann) danlebih berhajat(lebih membutuhkan/lebih
miskin) daripada dia !
Maka menangislah 'Umar r.a. (setelah mendengar penerangan lelaki
itu). Kemudian beliaur.a. pun berkata ...(mafhumnya)...: Dengan
engkau, tidak
dengannya ! Aku telah mendengar Rasuulullaah saw bersabda
(mafhumnya) : Dia memasukisyurga menerusi syafaa'at beliau
seperti Robii'ah dan Mudhor.
Telah berkata Harim bin Hayyaan rah.a. (mafhumnya): Maka tatkala
telah sampai kepadakuberita itu (berita di atas), maka aku pun
pergi bersafar menuju Al-Kuufah. Maksudku ke Al-Kuufah ini tidak
lain dan tidak bukan melainkan semata2 kerana kerisauanku
untukmencarinya (mencari Uwais rah.a.). Sehinggalah aku telah
sampai ke tebing SungaiAl-Furoot, ketika itu sudah tengahari, aku
dapati dia sedang duduk berwudhu` ditepi sungaiitu.
Aku telah mengenalinya kerana (memerhatikan) sifatnya yang mana
telah diceritakankepadaku. Iaitu ia adalah seorang lelaki yang
kurus kerempeng (nahiil) lagi berkulit sawomatang (hitam2 manis),
rambutnya kusut gemusut paling tidak terurus, ditakuti
biladipandang. Maka aku pun telah memberikan salam kepadanya dan
dia pun telah menjawabsalamku sambil melihat kepadaku. Aku telah
menghulurkan tanganku kepadanya untuk berjabattangan
(bermusoofahah) dengannya, tetapi dia menolak untuk bermusoofahah
denganku. Makaaku pun berkata kepadanya (mafhumnya) : Semoga
Allaah swt merahmatimu wahai Uwais ! Dansemoga Dia swt
mengampunimu ! Bagaimana saudara ?
Dan aku pun menangis tersedu2 lantaran cintaku terhadapnya dan
lantaran simpatikuterhadapnya bilamana aku telah melihat akan
perihal keadaannya itu. Dan dia pun menangissama.
Lalu Uwais rah.a. berkata...(mafhumnya)...: Dan engkau, semoga
Allaah swt menghidupkanengkau, wahai Harim bin Hayyaan !
Bagaimana engkau wahai saudaraku ! Siapakah yang telahmenunjukkan
engkau sehingga dapat bertemu denganku ?
Aku (ya'nii Harim bin Hayyaan) menjawab ...: Allaah.
Kata Uwais rah.a. lagi ..(mafhumnya)...: Laa Ilaaha Illallaah.
Subhaana Robbinaa in kaanaawa'du Robbinaa lamaf'uuulan (ertinya
kira2: Tiada tuhan kecuali Allaah. Maha Suci Tuhankami,
sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dilaksanakan) [Al-Isroo`,
ayat 108].
Aku bertanya lagi...(mafhumnya)...: Dan dari manakah engkau telah
mengetahui akan namakudan nama ayahku, sedangkan aku sebelum hari
ini tidak pernah melihatmu dan engkau jugabelum pernah melihatku
?
Jawab Uwais rah.a....(mafhumnya)...: Al-'Aliim Al- Khobiir (Yang
Maha 'Alim Lagi Maha Tahuakan khabar) lah yang telah
memberitahuku. Ruhku telah
mengenal akan ruhmu tatkala diriku telah berkata2 dengan dirimu.
Sesungguhnya orang2mu`miniin itu saling mengenali antara satu
sama lain dan saling berkasih2 sayang denganrohmat Allaah 'Azza
Wa Jalla walau pun mereka tidak bertemu. Kiranya kita
mendatangimereka di rumah mereka maka terbahagilah dengan mereka
akan manaazil
(tempat2 istirohat/penginapan buat musaafir/para tamu)(maksudnya
mereka akan menyediakantempat2 beristirohat dan penginapan untuk
para tamu dan para musaafir).
Aku menambah lagi...(mafhumnya)...: Ceritakan kepadaku tentang
Rasuulullaah saw !
Jawab Uwais rah.a....(mafhumnya)...: Sesungguhnya aku tidak
sempat beridrook denganRasuulullaah saw (ya'nii tak sempat
bersama, bertemu mahupun melihat Rasuulullaah saw).Dan
sesungguhnya aku memang tidak sempat bersahabat dengan
Rasuulullaah saw, akan tetapisesungguhnya aku telah melihat akan
seorang lelaki yang mana sesungguhnya mereka itumelihatnya, dan
bukanlah aku suka untuk
membuka atas diriku akan bab ini, bahawa aku adalah seorang
muhaddith atau seorang qoodhiatau pun seorang mufti,
pada/terhadap diriku adalah suatu kelalaian/kealpaan
(daripada)orang ramai.
Aku berkata lagi.....(mafhumnya)...: Ya saudaraku, bacakanlah
atasku akan ayat2 daripadaKitab Allaah 'Azza wa Jalla, aku akan
mendengarnya daripadamu ! Dan wasiatlah kepadakudengan suatu
wasiat yang dapat aku memeliharanya daripadamu ! Maka
sesungguhnya akumenyintaimu kerana Allaah swt.
Maka dia (Uwais rah.a.) pun memegang tanganku dan berkata
(mafhumnya) : A'uuzubillaahiminasysyaitoonirrojiim. Telah
berfirman Tuhanku, dan sebenar2 qoul/ucapan adalahqoul/ucapan/
kata2/firman Tuhanku 'Azza wa Jalla, dan sebenar2 hadiith adalah
hadiithTuhanku 'Azza wa Jalla.
Kemudian dia (Uwais rah.a.) pun membaca Al- Quraan
...(mafhumnya)...:
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada
antara keduanya denganbermain2. Tidak Kami menciptakan keduanya
melainkan
dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Sesungguhnya Hari Keputusan (HariQiyaamat) itu adalah waktu yang
dijanjikan bagi
mereka semua. Iaitu hari yang seorang maulan (seorang yang karib)
tidak dapat memberimanfa'at kepada karibnya/maulannya, dan mereka
tidak
akan ditolong. Kecuali orang yang diberi rohmat oleh Allaah.
Sesungguhnya Dialah Yang MahaPerkasa lagi Maha Penyayang.
[Ad-Dukhoon, ayat 38-42]
Kemudian dia rah.a pun menarik nafas dengan tersedu-sedan dan
terisak2, aku pun terusmemerhatikannya, dan aku menyangka bahawa
sesungguhnya dia telah jatuh pingsan.
Kemudian dia rah.a. pun berkata ...(mafhumnya)....: Wahai Harim
bin Hayyaan, ayahmuHayyaan telah mati, dan engkau pun hampir akan
mati, jadi wa immaa ke syurga wa immaa keneraka. Dan telah wafat
juga ayahmu Aadam a.s. dan telah wafat juga ibumu Hawaa` a.s.,
dantelah wafat juga Nuuh Nabiyyullaah a.s, dan telah wafat juga
Ibroohiim
Kholiilullaah a.s., dan telah wafat juga Muusaa Najiyyullaah
a.s., dan telah wafat jugaDaawuud Kholiifaturrahmaan, dan telah
wafat juga Muhammad saw, dan atas segala Anbiyaa`a.s., dan telah
wafat juga Abuu Bakar Kholiifah Rasuulillaah saw, dan telah wafat
jugasaudaraku dan kawanku 'Umar bin Al-Khottoob r.a.
Aku berkata lagi....(mafhumnya)..: Semoga Allaah swt merohmatimu,
sesungguhnya 'Umar tidakwafat lagi !
Jawab Uwais rah.a. (mafhumnya)...: Bahkan, sesungguhnya Tuhanku
'Azza wa Jalla telahmengkhabarkan akan pemberitahuan tentang
kewafatannya kepadaku, dan Dia telahmengkhabarkan pemberitahuan
kematian kepada diriku, dan aku dan engkau adalah di
dalamkalangan orang2 yang mati !
Kemudian dia (Uwais rah.a.) pun bersolawat ke atas Nabi saw dan
berdo'a dengan do'a2 yangringan. Kemudian dia menambah lagi...
...(mafhumnya)...:
Ini adalah wasiatku terhadapmu !
(i) Kitaabullaah !
(ii) Dan pemberitahuan kematian/kewafatan para Mursaliin a.s dan
juga pemberitahuankematian para soolihiin di kalangan mu`miniin !
(iii) Maka mestilah engkau ingat mati (zikrul maut) dan jangan
sampai ingat mati (zikrulmaut) ini terpisah daripada hatimu walau
pun buat sekelip
mata sahaja !
(iv) Dan berilah peringatan kepada qaummu bilamana engkau telah
kembali kepada mereka (waanzir qoumaka izaa roja'ta ilaihim) !
(v) Dan berilah nasihat kepada ummat ini seluruhnya (wa insoh lil
ummati jamii'an) !
(vi) Dan berhati2lah jangan sampai engkau berpisah/terpisah
daripada al-jamaa'ah keranajika berlaku demikian berma'na engkau
telah
berpisah/terpisah daripada agama engkau (diin engkau) sedangkan
engkau tidak mengetahuidan masuk nerakalah engkau !
(vii) Dan berdoalah untukku dan juga untuk dirimu !
Kemudian dia (Uwais rah.a.) berkata lagi...(mafhumnya).:
Ya Allaah, sesungguhnya ini (ya'nii lelaki ini) telah berkata
bahawa sesungguhnya diamenyintaiku semata2 keranaMu dan dia telah
pun menziarahiku keranaMu, maka perkenalkanlahaku akan wajahnya
di dalam syurga (fa 'arrifnii wajhahuu fil jannah !) dan
masukkanlah iake dalam rumahMu, Daarissalaam (wa adkhilhuu 'alaa
daarika daarissalaam !) dan peliharalahdia selagi dia masih hidup
(wahfazhuu maadaama hayyan !) dan jadikanlah dia ridhoodaripada
dunia ini dengan
yang sedikit/al-yasiir (wa ardhihii minaddunyaa bilyasiir !) Dan
jadikanlah dia dengan apayang Engkau telah anugerahkan kepadanya
daripada ni'mat2Mu di kalangan orang2 yangbersyukur (waj'alhuu
limaa a'toitahuu min ni'amika minasysyaakiriin !) Dan
balaskannyadaripada ku sebagai kebaikan ( wajzihii 'annii khoiran
!).
Kemudian dia (Uwais rah.a.) berkata lagi ...(mafhumnya)...:
Assalaamu'alaika warohmatullaahi wa barokaatuh !
Aku tidak melihat engkau lagi selepas hari ini insyaaAllaah
Ta'aalaa, semoga Allaah swtmerohmatimu, maka sesungguhnya aku ini
benci
akan kemasyhuran/syuhroh/famousness/ reputation ! Dan duduk
bersendirian (menyendiri ataumengasingkan diri daripada kesibukan
orang ramai) itu adalah lebih aku cintai, keranasesungguhnya
kerisauanku menjadi banyak/ bertambah bilamana aku berada atau
duduk
bersama manusia ramai itu.Maka janganlah engkau bertanya
tentangku lagi dan janganlahengkau mencari aku lagi ! Dan
ketahuilah bahawasanya engkau daripadaku adalah di atasperhatian
walaupun kiranya aku tidak melihatmu/bertemumu lagi dan engkau
pun tidakmelihatku/bertemuku lagi. Dan ingatilah aku dan
berdoalah untukku maka seseungguhnya akutetap berdo'a untukmu dan
aku tetap mengingatimu insyaAllaah, maka
berangkatlah/beredarlah engkau di sini dan aku pun beredar dari
sini juga.
Maka aku (iaitu Harim bin Hayyaan rah.a.) tersangat ingin untuk
berjalan bersama2nyaseketika, tetapi dia telah enggan menerimaku,
maka aku berpisah daripadanya dalam keadaanaku menangis dan dia
pun menangis. Aku tetap memandangnya dari jauh sehinggalah
diamenghilang masuk ke sebahagian jalan2 yang mati. Bagaimana pun
(oleh kerana keinginankusangat tinggi untuk bertemu lagi dengan
dia rah.a.), maka selepas itu pun aku tetapbertanyakan orang
tentang dia dan aku tetap mencarinya, tetapi aku tidak mendapati
seorangpun yang mampu memberitahuku sesuatu mengenai dirinya. Dan
setiap kali datang Jumu'at makaaku tetap bermimpi berjumpa dengan
dia sama ada sekali atau pun dua kali.
Begitulah terjemahan kasar dari SIFAH AS- SOFWAH, oleh Al-Imaam
Al-'Aalim JamaaluddiinAbil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., jilid 3,
halaman 48 - 52, Daarul Ma'rifah, Beiruut,Lubnaan.
Seperti sebelumnya juga terlalu banyak kesimpulan dan pengajaran
yang dapat diambildaripada keterangan di atas. Antara lain:
[1] Pada pandangan masyarakat atau orang ramai, seseorang itu
mungkin dianggap palingbodoh, tidak berguna malah tidak siuman
dan lain2 lagi,
tetapi pada pada Allaah swt dan ahli langit dia adalah termasuk
golongan muqorrobiin(mereka yang dekat dengan Allaah swt). Inilah
yang terjadi pada Uwais Al-Qoroniyy rah.a.Tetapi kepada orang
yang mengenal antara ma'nikam dan kaca, seperti 'Umar r.a.,
tidaktertipu dengan pandangan
dan nilai2 zohiriah, kerana keyaqinannya kepada sabdaan2 Baginda
saw begitu termantapsekali.
[2] Haris bin Hayyaan rah.a. sanggup berjalan (bersafar) kerana
ingin bertemu dan bergaulserta mendapat nasihat daripada Uwais
rah.a.
Contoh seperti ini telah dilalui oleh Nabi Muusaa 'a.s., di mana
beliau telah bersafarkerana ingin bertemu dan mengambil
munaafa'at daripada Nabi Khidhir 'a.s. Sebenarnyabanyak sekali
hadith2 yang menggalakkan dan menganjurkan kita untuk
mengembara/bersafaratas maqsud untuk bergaul dan
bersahabat/belajar dengan para soolihiin dan para 'ulamaa`serta
mendapat tempias kebaikan mereka. Pernah kah kita berbuat
demikian ? Kalau pernahdan biasa, alhamdulillaah, dan teruskan.
Tapi kalau belum pernah, kenalah mengatur langkahke arah itu.
Dan sebenarnya duduk bersama (bermujaalasah) dengan para
soolihhiin itu adalah salah satucara untuk merawat hati kita yang
gelap zulumaat ini.
Hal ini telah dijelaskan oleh Yahyaa bin Mu'aaz bin Ja'far
Ar-Rooziyy rah.a. Berikutadalah keterangan beliau rah.a. itu.
Al-Hasan bin 'Alawiah rah.a. berkata : Aku telah mendengar Yahyaa
bin Mu'aaz rah.a.menerangkan .....(mafhumnya)...: Ubat hati itu
ada 5 perkara,
(i) Membaca Al-Quraan dengan tafakkur
(ii) Perut yang kosong
(iii) Qiyaamullail
(iv) Bertadhorru' ketika waktu sahur (waktu sebelum subuh).
(v) Mujaalasatussoolihiin (duduk bersama para soolihiin, duduk
dalam majlis mereka danbergaul serta mendampingi mereka).
[SIFAH AS-SOFWAH, jilid 4, halaman 92].
Jelaslah bahawa 'amalan Haris bin Hayyaan rah.a. itu benar2 atas
jalan mensucikan jiwa danruhani dalam menuju kepada Allaah swt.
[3] Antara sifat orang2 mu`miiniin itu adalah mereka saling
'aarif/mengenali antara satudengan yang lain, saling berkasih
sayang dengan rouhillaah atau rahmat Allaah swt(yatahaabbuuna bi
rouhillaahi 'Azza waJalla), walau pun mereka tidak pernah
salingbertemu, lebih2 lagilah kalau bertemu, dan jika mampu
menyediakan tempat2istiroohat/penginapan bagi para tamu. Apa dah
jadi pada " MU`MINIIN " hari ini ?Sama2lah kita
memikirkannya.
[4] Perhubungan keruhanian antara orang2 mu`miniin lagi
muqorrobiin adalah sangatmendalam. Bukan sekadar perhubungan
biasa.
Lihatlah bagaimana setiap datangnya Jumu'at,
Harim Bin Hayyaan rah.a. terus bermimpi berjumpa dengan Uwais
rah.a.
[5] Tidak menyukai kemasyhuran/famousness/ reputation/syuhroh
duniawiyyah adalah sifatyang sangat terpuji dan perlu diushakan
oleh setiap orang.
[6] Mari kita suburhidupkan semula nasihat2 Uwais rah.a. kepada
Harim bin Hayyaan rah.a.Antara lain :
(i) (BERPEGANGLAH DENGAN) KITAABULLAAH !
Apa pun yang kita hendak lakukan, nah kitaabullaahlah sebagai
pegangan danrujukan/penyemak buat kita. Sejauh manakah realiti
perkara ini dalam kehidupan harian kita? Sama2lah kita
menjawabnya.....
(ii) MAKA MESTILAH ENGKAU INGAT MATI (ZIKRUL MAUT) DAN JANGAN
SAMPAI INGAT MATI (ZIKRULMAUT) INI TERPISAH DARIPADA HATIMU WALAU
PUN BUAT SEKELIP MATA SAHAJA !
Mari kita muhaasabah pada diri kita sendiri...........
Nasihat ini tersangat tinggi.... ini berma'na bila kita bangun
tidur kena ingat mati, masamemandu ke kantur pun kena ingat mati,
masa berada di atas
kerusi di kantur pun kena ingat mati, masa menyampaikan kuliah
pun kena ingat mati, semasamembaca buku teks Mechanics Of
Materials
(umpamanya) pun kena ingat mati, pulang ke rumah lagi pun kena
ingat mati, bersamaisteri/suami yang dicintai dan anak2 yang
disayangi pun kena ingat mati, tengok TV punkena ingat mati, nak
tidur pun kena ingat mati,
(masa tidur bagaimana ? ya, kalau mampu ingat mati, tetapi waktu
tidur ni mata takberkelip kot.......Wallaahu a'lam, tapi
Rasuulullaah saw walau pun matanya pejam/tidurhatinya tetap
jaga.....)....dsbnya.....dsbnya.
Sejauh manakah realiti ini ada pada diri kita ? Yang terlebih
parah dan mendahsyatkanialah dalam solat pun kita lupa Allaah
swt, lupa untuk mati,
yang kita ingat dunia...dunia....dunia....!!!
(iii) DAN BERILAH PERINGATAN KEPADA QAUMMU BILAMANA ENGKAU TELAH
KEMBALI KEPADA MEREKA (WAANZIR QOUMAKA IZAA ROJA'TA ILAIHIM !)
Nah inilah kerja2 maqoomi/tempatan kita. Sesiapa yang tinggal di
Taman Pulai Utama tumithalnya, tentulah qoumnya itu mereka yang
tinggal di
taman itu. Warga UTM, khasnya warga FKA kita, begitu pun para
pelajar semuanya itu adalahqoum kita . Dan kalau kita ni seorang
Jawa yang berasal sari Tanjung Karang dan tinggal diJB ini, bila
pulang ke sana nanti kenalah melaksanakan kerja2 memberi
peringatan kepadaqaumnya itu. Ringkasnya tentulah kena buat kerja
DA'WAH ILALLAAH (menyeru manusia kepadaAllaah swt). Bercakap
memang senang. Tetapi sejauh manakah realiti kerja2 peringatan
danberjaulah kepada qoum kita telah kita jalankan ? Sama2lah kita
muhaasabah akan diri kitasendiri....... Sehubungan dengan ini
lihat juga RF 13 (MARI BERJAULAH......).
(iv) DAN BERILAH NASIHAT KEPADA UMMAT INI SELURUHNYA (WA INSOH
LIL UMMATI JAMII'AN) !
Sebenarnya kalau kita benar2 meneliti dan mengkaji, nasihat2 dan
pesan2 para soolihiin itumemang selari dengan kehendak2
Kitaabullaah dan As-Sunnah. Mithalnya nasihat Uwais rah.a.ini,
sepertimana antum lebih ma'lum, tentulah selari dengan hadith
Bagindasaw...(mafhumnya) : Agama
(ad-diin) itu adalah nasihat. Jadi kesimpulannya, selagi kita
mahu menjadikan ad-diinsebagai teras dan cara hidup kita, selagi
itulah kita kena suburkan usaha memberi nasihatini. Dan kita kena
juga bersedia dan merendahkan diri bila diberikan nasihat kepada
kita.Apatah lagi kalau semasa diberikan nasihat itu, ayat2
Al-Quraan dibacakan, hadith2 Nabisaw disebutkan, kehidupan para
sahabat r.a. dan kehidupan para soolihiin
diceritakan dan sebagainya. Jangan sedikit pun kita cuba
mempermainkan orang yangmemberikan nasihat itu (walau pun dengan
hati sahaja), kerana itu bererti mempermainkanagama (ad-diin).
Kita mesti menyintai orang yang memberikan nasihat itu walau ia
seorangkanak2.
[v] DAN BERHATI2LAH JANGAN SAMPAI ENGKAU BERPISAH/TERPISAH
DARIPADA AL-JAMAA'AH KERANAJIKA BERLAKU DEMIKIAN BERMA'NA ENGKAU
TELAH BERPISAH/TERPISAH DARIPADA AGAMA ENGKAU (DIINENGKAU)
SEDANGKAN ENGKAU TIDAK MENGETAHUI DAN MASUK NERAKALAH ENGKAU !
Huraian lanjut mengenai nasihat Uwais rah.a. ini adalah berkait
rapat dan selari denganpenjelasan dan hadith2 dalam RF 37, RF 38,
RF 39, RF 40,
RF 41, RF 42, RF 43, dan RF 44. Sekurang2nya rujuk sajalah RF 37,
RF 39 dan RF 44.Lantaran itu saya tidak huraikan lagi di sini.
[vi] 'Amalan saling do'a mendoakan antara kita sangatlah
dianjurkan....... sampai akhirhayat. Apatah lagi kalau do'a itu
adalah bizohrilghoib (do'a yang mana orang yangdido'akan itu
tidak mengetahui bahawa dia dido'a oleh yang berdo'a). Walau pun
hanyaSEKALI bertemu dengan Harim bin Hayyaan rah.a., namun Uwais
rah.a. tetap bekata(mafhumnya) : DAN KETAHUILAH BAHAWASANYA
ENGKAU DARIPADAKU ADALAH DI ATAS PERHATIAN WALAUPUN KIRANYA AKU
TIDAK MELIHATMU/BERTEMUMU LAGI DAN ENGKAU PUN TIDAK
MELIHATKU/BERTEMUKULAGI. DAN INGATILAH AKU DAN BERDO'ALAH UNTUKKU
MAKA SESUNGGUHNYA AKU TETAP BERDO'A UNTUKMUDAN AKU TETAP
MENGINGATIMU INSYAALAAH.
Begitulah indahnya Islam ! Begitulah indahnya persahabatan kerana
Allaah swt ! Walaupunhanya SEKALI BERTEMU namun berpanjangan
sampai ke akhirat ! Bagaimana pula dengan kitayang saling bertemu
setiap hari ni ? Dan bagaimana pula hubungan/do'a kita dengan
pelajar2yang mana setiap minggu kita bertemu dan berhadapan
dengan mereka ? Adakah kita pernahmembuat do'a yang khusus untuk
mereka ? Dan semoga pelajar2 yang membaca RF ini (atau punyang
tidak membacanya) berdo'a juga untuk pensyarah2 mereka. Dan
semoga antara kita (paranetters) juga saling mendo'akan !
Antara saduran do'a Uwais rah.a. (berdasarkan riwayat di atas)
yang perlu disuburhidupkanantara kita/keluarga kita/anak2 kita/
saudara mara kita/ dan semua ummat Rasuulullaah sawadalah seperti
berikut :
ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHAHUU FIL JANNAH,
WA ADKHILHUU 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHUU MAADAAMA HAYYAN,
WA ARDHIHII MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHUU LIMAA A'TOITAHUU MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHII 'ANNII KHOIRAN !!!
[Pengertiannya: sila lihat dalam keterangan/riwayat di atas].
Begitu cantik dan istimewa sekali pengertiannya. Mari kita sama2
menghafaz doa ini danterus kita amalkan untuk anak2
kita/keluarga/kawan2/dll. Cuma kalau yang didoakan
tulelaki/single/mufrod, lafaz doa itu tidak berubah, tetap
seperti di atas. Kalau yangdidoakan itu perempuan/single, maka
HUU (atau HU) dan HII (atau HI) digantikan dengan HAA,sementara
MAADAAMA digantikan dengan MAADAAMAT dan HAYYAN pula digantikan
dengan HAYYAH.
Dan boleh juga kita sebut nama anak lelaki kita (mithalnya) pada
HUU (atau HU) yang mula2sekali, lepas itu semuanya kita gunakan
gantinamanya
HUU/HII (atau HU/HI). Sebagai contoh, kalau anak kita bernama
ISMAA'IIL, do'anya bolehbegini.....
ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHA ISMAA'IIL(A) FIL JANNAH,
WA ADKHILHUU 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHUU MAADAAMA HAYYAN,
WA ARDHIHII MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHUU LIMAA A'TOITAHUU MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHII 'ANNII KHOIRAN !!!
Kalau anak kita itu seorang perempuan, katakan 'UFAIRAH namanya,
bolehlah berdo'abegini......
ALLAAHUMMA 'ARRIFNII WAJHA 'UFAIRAH ('UFAIRATA) FIL JANNAH,
WA ADKHILHAA 'ALAA DAARIKA,DAARISSALAAM,
WAHFAZHAA MAADAAMAT HAYYAH,
WA ARDHIHAA MINAD-DUNYAA BIL YASIIR,
WAJ'ALHAA LIMAA A'TOITAHAA MIN NI'AMIKA MINASY-SYAAKIRIIN,
WAJZIHAA 'ANNII KHOIRAN !!!
Dan dengan rendah diri saya (penghantar RF ini) juga memohon
kepada semua pembaca RF iniagar berdoa kepada Allaah swt semoga
Dia
mengampunkan dosa2 saya dan merahmati saya. Saya juga insyaAllaah
akan berdoa untuk antumsemua. Dan jangan lupa juga dalam do'a
kita itu dirangkumi untuk sekelianmu`miniin/mu`minaat dan
muslimiin/muslimaat, di mana pun mereka berada, sama ada
didaratan (fil barri) atau di lautan (fil bahri) atau di udara
(fil jawwi), mahupun di bumimahupun di langit mahupun di antara
keduanya.
Dan banyak lagi kesimpulan2/pengajaran2 yang dapat kita ambil.
Dah terlalu panjang pulak saya bercakap......
Ma'af jua dipinta. Wallaahu a'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.
Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.
Mari Suburkan Kalimah2 Arab (Masuka) :
[1] SYUHROH : kemasyhuran, repute, reputation, renown, fame,
famousness, celebrity.
[2] AHMAQ : bodoh/dungu, lebih bodoh/dungu.
[3] AJANN : gila / tidak siuman, lebih gila/tidak siuman.
[4] AHWAJ : berhajat/miskin, lebih berhajat/miskin.
[5] NAHIIL : kurus kerempeng.
[6] MAULAN : seorang yang karib.
|